JIM tumpaskan satu sindiket ejen haram

Spread the love

PUTRAJAYA, 19 Ogos 2024 – Jabatan Imgresen Malaysia (JIM) telah berjaya menumpaskan satu sindiket ejen haram dalam satu Operasi Khas pada 15 Ogos 2024 hasil serbuan di 7 lokasi berbeza iaitu Cheras, Mid Valley City, Desa Pandan, Taman Midah, Sungai Besi di Kuala Lumpur, Sepang di Selangor dan Bandar Enstek di Negeri Sembilan.

Menurut Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Dato’ Ruslin Bin Jusoh, operasi yang bermula pada jam 10.30 pagi melibatkan sepasukan pegawai dan anggota pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

Katanya, berdasarkan risikan yang dijalankan selama dua minggu, pasukan operasi telah berjaya menahan 4 orang lelaki warganegara Malaysia yang mana 2 orang daripada mereka adalah dalang utama sindiket tersebut.

“Penahanan juga melibatkan 2 orang perempuan warganegara China yang disyaki sebagai ahli sindiket. Turut ditahan 1 orang lelaki warganegara China yang dipercayai sebagai pelanggan kepada sindiket dan 1 orang perempuan warganegara Filipina yang merupakan seorang pembantu rumah kepada salah seorang dalang utama. Kesemua mereka berusia antara 33 tahun hingga 53 tahun. Jumlah keseluruhan yang ditahan adalah seramai 8 orang.

Hasil semakan awal mendapati, kesemua warganegara asing yang ditahan tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau Pas yang sah untuk berada di negara ini.” kata Ruslin menerusi satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, pasukan operasi telah merampas 107 naskah pasport antarabangsa pelbagai negara yang terdiri daripada 100 naskah Pasport China, 2 naskah Pasport Taiwan, 3 naskah Pasport Thailand,1 naskah Pasport Republic of Vanuatu, 1 naskah Pasport Commonwealth of Dominica, borang permohonan Pas Lawatan Jabatan Imigresen Malaysia, wang tunai RM57,260.00 dan Thai Bhat 29,660.00. Turut disita 5 buah kenderaan yang terdiri daripada 2 buah kenderaan jenis BMW, sebuah kenderaan jenis Volkswagen, sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi dan sebuah kenderaan jenis Suzuki Swift.

“Modus operandi sindiket adalah menawarkan perkhidmatan mendapatkan kemudahan imigresen. Sindiket ini mensasarkan warganegara China yang ingin mendapatkan kemudahan Pas Lawatan Sosial (PLS) Jangka Panjang dan Jangka Pendek untuk tinggal lebih lama di negara ini. Sindiket menggunakan aplikasi We Chat dan media sosial untuk mempromosikan perkhidmatan mereka. Kadar bayaran yang dikenakan bermula RM1,200.00 bagi kemudahan Pas Khas (Special Pass) dan boleh mencecah sehingga RM15,000.00 bagi kemudahan Pas Lawatan Sosial (PLS) Jangka Panjang. Bagi setiap perkhidmatan dan penghantaran, ianya dilakukan menggunakan perkhidmatan kurier atau serahan tangan.Sindiket ini dipercayai telah beroperasi selama sebulan.

Seramai 4 orang lelaki warganegara Malaysia dan 2 orang perempuan warganegara China ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan dibawah Sek.12(1)(f) Akta Pasport 1966. Manakala 1 orang lelaki warganegara China dan 1 orang perempuan warganegara Filipina ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.” kata Ruslin.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation