PETRA : Garis panduan pelaksanaan CRESS akan dikeluarkan pada September 2024

Spread the love

PUTRAJAYA, 22 Ogos 2024 – Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) akan memperkenalkan Skim Pembekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat atau Corporate Renewable Energy Supply Scheme (CRESS), yang merupakan inisiatif progresif Kerajaan Madani dalam mewujudkan opsyen pembekalan elektrik hijau yang lebih luas kepada pengguna.

Menurut PETRA dalam satu kenyataan media yang diedarkan hari ini, inisiatif berteraskan akses pihak ketiga itu dijangka akan dilaksanakan pada September 2024.

Justeru, satu sesi dialog dan penerangan kepada pihak industri mengenai pelaksanaan Program CRESS telah diadakan pada hari ini bagi mendapat maklum balas daripada pihak industri mengenai prinsip asas serta kerangka pelaksanaan program tersebut.

Sesi dialog tersebut yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato’ Sri Fadillah Yusof telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan seramai kira-kira 250 pemain industri telah hadir dan pelbagai idea serta pandangan berkaitan pelaksanaan Program CRESS telah diutarakan.

Fadillah telah menutup sesi dialog itu dengan memaklumkan bahawa maklum balas yang diutarakan oleh wakil industri akan diteliti dan diambil kira dalam penyediaan garis panduan pelaksanaan CRESS yang dijangka akan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga pada bulan September 2024 nanti.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation