KEMPEN BETUL-BETUL FREE ROAD TAX POLICYSTREET MEMANFAATKAN SEPULUH KALI GANDA RAKYAT MALAYSIA PADA 10 OKTOBER INI

Spread the love

Perbaharui insurans kereta anda dengan PolicyStreet pada 10-11 Oktober dan nikmati cukai jalan PERCUMA untuk kereta dengan kapasiti enjin bawah 1600cc, serta diskaun bagi cukai jalan untuk kereta dengan kapasiti enjin 1600cc dan ke atas.

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) — Insurans kereta anda hampir tamat tempoh tetapi gaji belum masuk? Jangan risau! Kempen Betul-Betul FREE Road Tax PolicyStreet kembali untuk kali ketiga pada 10-11 Oktober ini, bermula dari 10 pagi hingga 10 malam.
 
Bersempena dengan 10 Oktober (10.10), iterasi ketiga kempen ini menawarkan sepuluh kali ganda manfaat berbanding yang pertama, daripada 500 kepada 5,000 rakyat Malaysia, memberikan lebih ramai orang peluang untuk mendapat manfaat daripada promosi ini. Sepanjang promosi kilat, 5,000 rakyat Malaysia pertama yang memiliki kereta dengan kapasiti enjin di bawah 1600cc boleh menikmati cukai jalan PERCUMA. Sementara itu, pemilik kereta dengan kapasiti enjin 1600cc dan ke atas akan menikmati diskaun, memastikan mereka mendapat cukai jalan termurah ataupun ‘Cheapest Road Tax in Town’ .
 
PolicyStreet juga menawarkan Easy Payment Plan Tanpa Faedah. Ia membolehkan rakyat Malaysia membayar insurans kereta mereka secara ansuran tanpa faedah. Pelanggan boleh memilih pelan pembayaran selama 3, 6, atau 12 bulan dengan menggunakan kad kredit yang sah dari sembilan bank terkemuka, iaitu Maybank, Public Bank, UOB Bank, OCBC Bank, RHB Bank, CIMB Bank, Affin Bank, Hong Leong Bank, dan AmBank.
 
Selaras dengan komitmennya untuk memperkukuh daya tahan kewangan rakyat Malaysia, Easy Payment Plan Tanpa Faedah PolicyStreet berfungsi sebagai pilihan pembayaran tambahan yang tidak mengenakan faedah tambahan, memastikan insurans kereta kekal mampu milik oleh semua lapisan masyarakat.
 
“Di PolicyStreet, matlamat kami sentiasa berakar pada memberikan perkhidmatan untuk komuniti yang kurang mendapat layanan melalui penyelesaian insurans yang inovatif. Kami teruja untuk menegaskan semula komitmen kami kepada pengguna dengan bukan sahaja menawarkan ‘the Cheapest Road Tax in Town, tetapi juga memastikan insurans kereta adalah Bermakna dan Mudah untuk setiap rakyat Malaysia. Perjalanan ini bukanlah baru bagi kami; ia kembali kepada misi teras kami, dan kami berharap dapat memperkasakan individu dengan perlindungan yang mereka layak,” kata Yen Ming Lee, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PolicyStreet.
 
Insurans kereta boleh diperbaharui sehingga dua bulan sebelum tamat tempoh, jadi cepat ambil kesempatan daripada promosi Betul-Betul FREE Road Tax ini sekarang! Jangan lepaskan peluang untuk penjimatan tambahan apabila memperbaharui insurans kereta anda—dapatkan sebut harga anda sekarang di car.policystreet.com dan elakkan menunggu sebut harga pada 10 Oktober.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation