• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

KPKT lancarkan Garis Panduan Perancangan (GPP) Pusat Data bagi Menyokong Perkembangan Industri Pusat Data di Malaysia

Spread the love

PUTRAJAYA, 10 Oktober 2024 – Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Oktober 2024 telah bersetuju meluluskan penerimapakaian Garis Panduan Perancangan (GPP) Pusat Data yang disediakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia).

Menurut KPKT, penyediaan GPP Pusat Data itu merupakan salah satu ikhtiar dan inisiatif KPKT untuk menyeragamkan dan memudah cara proses permohonan dan kelulusan perancangan. Ia merupakan panduan kepada pemegang taruh yang terlibat di dalam pemajuan pusat data bagi perancangan dan pembangunan pusat data di Malaysia.

“Ini termasuklah Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, pihak operator serta orang awam. GPP Pusat Data ini juga menyokong ease of doing business sama ada di pihak pengusaha atau pihak berkuasa, dan melengkapi keseluruhan ekosistem industri pembangunan pusat data negara ini.

Sehingga Mei 2024, sebanyak 32 pusat data sedang beroperasi dan 19 pusat data dalam pembinaan. Kawasan tumpuan utama pusat data di Malaysia adalah di Cyberjaya, Kuala Lumpur dan Johor Bahru.” kata KPKT.

Skop utama GPP Pusat Data itu adalah meliputi skala pemajuan pusat data yang melebihi satu Mega Volt Amp (MVA), panduan perancangan tapak, prosedur permohonan pelan pemajuan bagi kebenaran merancang dan pelan bangunan.

“Garis panduan ini turut menggariskan beberapa aspek kawalan di dalam perancangan pemajuan pusat data termasuklah kategori dan syarat nyata tanah, zon guna tanah yang dibenarkan, kategori pusat data, keperluan penyediaan kawasan lapang, keperluan rizab utiliti, keperluan zon penampan, keperluan tempat letak kenderaan, permohonan pelan pemajuan. dan syarat-syarat teknikal lain yang bersesuaian bagi pembangunan sesebuah pusat data di kawasan baharu dan bangunan sedia ada.

Pemajuan pusat data boleh dibahagikan mengikut tiga kategori iaitu Pusat Data Kecil dengan kapasiti kuasa 1 hingga 5 mega volt Amp (MVA); Pusat Data Sederhana dengan kapasiti kuasa melebihi 5 hingga 25 mega volt Amp (MVA); dan Pusat Data Besar dengan kapasiti kuasa melebihi 25 mega volt Amp (MVA).” kata KPKT.

GPP Pusat Data tersebut akan dibentangkan di Mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) Kali Ke-84 yang dijadualkan pada 14 November 2024 bagi tujuan rundingan dan penerimapakaian oleh Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh negara.

Keperluan penyediaan GPP Pusat Data itu telah dibangkitkan dalam Mesyuarat Perancang Fizikal Negara (MPFN) Ke 43 (Bil 3/2023) pada 11 Disember 2023 semasa memberikan nasihat kepada Cadangan Pembangunan Pelan Induk Ibrahim Technopolis di Sedenak, Johor. Perdana Menteri telah menyampaikan amanat kepada KPKT untuk menyelaraskan perkara ini dengan semua pihak berkepentingan dalam ekosistem pelaburan dan pembangunan pusat data terutamanya melibatkan penyelarasan mengenai perihal perancangan guna tanah antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation