PEMENTASAN KARYA AGUNG: TOK JANGGUT ’13 LIANG’ MENGANGKAT PERJUANGAN TOKOH TEMPATAN DI DEWAN UTAMA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA KUBANG KERIAN KELANTAN

Spread the love

KOTA BHARU, 15 Okt (Bernama) — Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kelantan dengan kerjasama Persatuan Rupa Jiwa, Universiti Sains Malaysia (USM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Timur dan Kerajaan Negeri Kelantan akan menganjurkan Pementasan Karya Agung: Tok Janggut ’13 Liang’ pada 19 Oktober 2024 (Sabtu) bertempat di Dewan Utama Kampus Kesihatan USM, Kubang Kerian.
 
Penganjuran program karya agung ini diadakan adalah bertujuan untuk mengangkat karya agung di negeri-negeri dan bagi negeri Kelantan telah memilih karya perjuangan tokoh tempatan ‘Tok Janggut’ atau nama sebenarnya Tuan Haji Mat Hassan bin Panglima Mat Munas yang melawan penjajahan Inggeris di Negeri Kelantan sekitar awal 1900 apabila sentimen percukaian yang dikenakan ke atas rakyat setempat dengan menggunakan kuasa Sultan setelah berjaya menguasainya.
 
Pementasan Tok Janggut ‘13 Liang’ mengetengahkan garapan penceritaan, penggunaan kesan teknik sinografi, pemilihan pelakon serta gabungan elemen tradisi (silat dan wayang kulit). Gabungan elemen-elemen tersebut sepanjang pementasan dilangsungkan dapat menjadikan sebuah pementasan teater yang cukup menarik dan juga dapat memberikan pelbagai mesej-mesej yang tersirat dan juga tersurat kepada para penonton yang hadir. Pementasan ini akan menampilkan penglibatan pelakon popular tanah air seperti Dato’ Hilal Azman, Hasnul Rahmat serta barisan pelakon tempatan yang berkualiti dari segi permainan pentas lakonan, perkara ini akan memberi kelainan dalam pementasan kali ini dengan sentuhan arahan Jihan Meghaa Ismail aktivis teater Negeri Kelantan.
 
Selain pementasan teater Tok Janggut ’13 Liang’ terdapat juga pengisian lain yang diadakan seperti pameran khas Tok Janggut, pameran agensi (JKKN, DBP dan USM), jualan kopi jenama tempatan (Gukito Coffee, Kopi Saigon), jualan foodtruck dan persembahan sisipan (Wayang Kulit Kelantan).
 
Pementasan ini akan dihadiri oleh Yang Berhormat Datuk Kamarudin Md. Nor, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kelantan dan Yang Berbahagia Datuk Wira Roslan Tan Sri Abdul Rahman, Ketua Setiausaha (Kebudayaan), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan turut hadir ialah Yang Berusaha Encik Mohd Amran bin Haris, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation