• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

RUU SKBBK dijangka dibentang di Mesyuarat Parlimen tahun ini

Spread the love

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata Rang Undang-Undang bagi melaksanakan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) dijangka akan dibentangkan di Mesyuarat Parlimen pada tahun ini.

Beliau berkata secara prinsipnya mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju agar Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melaksanakan SKBBK. 

“RUU ini akan dibentang dan disegerakan. Diharap disokong semua ahli berhormat,” katanya dalam pertanyaan-pertanyaan jawab lisan di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) yang meminta KESUMA menyatakan mekanisme pelaksanaan SKBBK untuk melindungi individu terjejas dengan kemalangan di luar pekerjaan.

Ketika menanyakan soalan itu, Wee juga meminta KESUMA menyatakan sejauh manakah skim itu dapat menangani cabaran risiko berkaitan kerja dan risiko di luar waktu kerja susulan peningkatan aturan kerja anjal oleh majikan di Malaysia. 

Sementara itu, Abdul Rahman berkata Kesuma melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mengadakan sesi libat urus dengan para pemegang taruh bagi mendapatkan maklumbalas berkenaan cadangan pelaksanaan SKBBK.

Katanya, sesi libat urus itu adalah bersama wakil dari pihak Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME), Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Persekutuan Pengilang Pengilang Malaysia (FMM), Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di Lembah Klang, Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata KESUMA berhasrat untuk melaksanakan SKBBK yang akan ditadbir oleh PERKESO dalam memastikan liputan perlindungan 24 jam sehari dalam tempoh tujuh hari seminggu kepada pekerja yang layak semasa tempoh penggajian. 

Beliau berkata SKBBK meliputi kemalangan yang tidak terbit daripada dan dalam masa menjalankan pekerjaan dan tidak berkait secara langsung dengan penggajiannya. 

“Skim yang dicadangkan meliputi kemalangan yang berlaku dalam Malaysia di luar waktu kerja termasuk kemalangan dalam perjalanan yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.

“KESUMA cakna dengan perubahan lanskap peralihan waktu kerja pada masa kini susulan peningkatan aturan kerja anjal atau aturan kerja fleksibel (FWA) oleh majikan di Malaysia kesan daripada perkembangan digitalisasi,” katanya.

Tambahnya, pelaksanaan SKBBK oleh PERKESO ini merupakan satu mekanisme perlindungan sosial dalam menangani cabaran risiko berkaitan kerja dan risiko di luar waktu kerja terutama bagi pekerja yang terlibat dengan FWA.

“Ini kerana risiko kemalangan yang tidak berlaku di pejabat serta waktu kerja seperti kelaziman,” katanya.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation