• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Tuduhan Hamzah fitnah jahat, tak berasas

Spread the love

KUALA LUMPUR : Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Madani menegaskan tuduhan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin semalam yang mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menderhaka terhadap institusi diraja adalah satu fitnah jahat dan tidak berasas.

Dalam satu kenyataan, BBC berkata tuduhan itu juga adalah tidak benar dan hanya bertujuan menghasut rakyat.

Katanya, Anwar sebelum ini telah mengesahkan kewujudan titah Tuanku Sultan Pahang berkaitan tahanan rumah bagi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau menjelaskan titah tersebut tidak pernah diserahkan kepadanya dan menegaskan bahawa urusan berkaitan titah addendum adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Peguam Negara (AGC), bukan di bawah tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri. 

Katanya, menyatakan fakta yang benar tidak boleh dianggap sebagai penderhakaan.

“Tuduhan ini adalah taktik lama pembangkang untuk mengelirukan rakyat dengan memainkan sentimen institusi diraja demi kepentingan politik mereka sendiri. 

“Ini adalah satu cubaan yang tidak bertanggungjawab untuk mencetuskan keresahan dalam kalangan rakyat,” katanya.

Sementara itu, BBC berkata berhubung dakwaan pelabur tidak akan masuk ke negara ini kerana kononnya berlaku penderhakaan juga adalah tidak berasas. 

Katanya, keputusan pelabur bergantung kepada kestabilan ekonomi, polisi mesra pelabur, dan keyakinan terhadap kepimpinan negara.

BBC berkata bukannya fitnah politik yang tidak berlandaskan realiti.

“Fitnah sebegini bukan sahaja mencerminkan ketidakmatangan politik tetapi juga boleh merosakkan hubungan antara kerajaan dan institusi diraja serta menjejaskan imej negara di peringkat antarabangsa. 

“Ketua pembangkang seharusnya lebih bertanggungjawab dalam mengeluarkan kenyataan, bukan menyebarkan dakwaan tidak berasas demi kepentingan politik semata-mata,” katanya.

Dalam pada itu, BBC berkata, sepanjang pentadbiran, Anwar sentiasa menunjukkan penghormatan tinggi terhadap institusi diraja dan berpegang teguh kepada prinsip Raja Berperlembagaan. 

“Segala tindakan kerajaan sentiasa selari dengan peruntukan Perlembagaan dan mengutamakan kepentingan negara.

“Sehubungan itu, kami menegaskan bahawa tuduhan Ketua Pembangkang adalah tidak benar dan hanya bertujuan menghasut rakyat. 

“Rakyat perlu menolak politik fitnah dan memberi tumpuan kepada agenda pembangunan negara,” katanya

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation