PUCHONG 14 Febuari 2025: Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) dicadangkan untuk menurunkan harga beras putih import selepas kerajaan mengekalkan Harga Beras Putih Tempatan (BPT) pada kadar RM2.60 per kilogram.
Ketua Task Force Pemantauan Kluster Makanan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata adalah tanggungjawab BERNAS untuk menyelesaikan isu harga beras import.
“Pada saya, pengumuman dibuat oleh menteri berhubung isu kehilangan beras putih tempatan telah selesai.
“Tetapi, ada satu lagi perkara iaitu harga beras putih import. Harga beras import bergantung kepada pasaran dunia. Sekarang harga beras import dah turun. Jadi, kita tunggu pengumuman BERNAS berhubung harga baru beras import,” katanya dalam sidang media khasnya hari ini.
Semalam, kerajaan mengekalkan harga Beras Putih Tempatan pada kadar RM2.60 per kilogram bagi memastikan kestabilan harga serta kelangsungan bekalan di pasaran.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kerajaan akan menyerap kos pengeluaran sebanyak RM150 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini sebagai langkah proaktif untuk mengatasi isu bekalan.
Sementara itu, Syed Hussin yang merupakan Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata harga beras import telah turun di kebanyakan negara seperti India, Pakistan, Vietnam dan Kemboja.
Katanya, sebelum ini, harga beras import naik disebabkan India membekukan import beras putih.
“Sekarang, India tarik balik pembekuan. Baru-baru ini lawatan saya bersama perdana menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), nampak harga import dah turun sangat rendah. Dalam laporan beras import dari Vietnam turun.
“Maka, BERNAS selaku syarikat tunggal memiliki konsesi mengimport beras import sepatutnya turun harga,” katanya.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment