• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Saifuddin yakin Abdul Aziz galas jawatan Komisioner Jeneral Penjara dengan penuh dedikasi

Spread the love

KUALA LUMPUR 18 Februari 2025: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yakin pelantikan Datuk Abdul Aziz Abdul Razak sebagai Komisioner Jeneral Penjara bermula 14 Februari lalu dapat digalas dengan penuh dedikasi.

Beliau berkata Abdul Aziz juga diyakini akan terus komited melakukan reformasi kepada perkhidmatan dan pengoperasian Jabatan Penjara Malaysia.

“Tahniah saya ucapkan Abdul atas pelantikan beliau sebagai Komisioner Jeneral Penjara.

“Sebagai Komisioner Jeneral Penjara yang baharu, saya percaya beliau akan terus komited menggalas amanah besar ini dengan penuh dedikasi dan akan membawa reformasi kepada perkhidmatan dan pengoperasian Jabatan Penjara Malaysia,” katanya di Facebook.

Beliau juga berharap Abdul Aziz melaksanakan amanah besar itu dan Jabatan Penjara Malaysia terus melakar kejayaan serta mencipta impak yang positif.

Katanya, bukan sahaja kepada penghuni penjara, tetapi juga kepada masyarakat secara keseluruhannya.

Dalam tempoh 35 tahun dalam perkhidmatan, Abdul Aziz pernah memegang pelbagai jawatan penting seperti Pengarah Penjara Bentong, Pengarah Bahagian Dasar Kepenjaraan dan Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan).

Abdul Aziz berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Ekonomi Sumber daripada Universiti Putra Malaysia (UPM), Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Sarjana Sastera Universiti Malaya (UM).

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation