IKIM, UPSI, UTHM DAN IBFIM TERUSKAN USAHA MEMBANGUN KEFAHAMAN ISLAM MELALUI MOU BERSAMA

Spread the love

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) — Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), mengadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara IKIM dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Islamic Banking And Finance Institute Malaysia (IBFIM). Majlis bersejarah ini berlangsung di IKIM, Kuala Lumpur bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama strategik dalam bidang penyelidikan, pendidikan, latihan dan pembangunan kefahaman Islam.
 
Memorandum Persefahaman yang dimeterai ini akan mengukuhkan lagi kerjasama dalam beberapa bidang, termasuk penyelidikan ilmiah, pembangunan pendidikan Islam, kewangan Islam, serta program latihan yang bertujuan meningkatkan pengetahuan dan pemahaman masyarakat tentang prinsip-prinsip Islam yang relevan dalam konteks moden.
 
IKIM diwakili oleh Prof. Madya Dato’ Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil, Ketua Pengarah IKIM, Dr. Muhammad Hisyam Mohamad, Pengarah Pusat Emas dan Dr. Nik Roskiman Abdul Samad, Pengarah Pusat SYARAK IKIM.
 
Manakala UPSI diwakili oleh Prof. Dato’ Dr. Md Amin Bin Md Taff, Naib Canselor Universiti Pendididkan Sultan Idris (UPSI) dan Prof. Madya Ts Dr Nur Kalsum Binti Mohd Isa, Dekan FSK, UPSI.
 
IBFIM pula diwakili oleh En. Yusry Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif Islamic Banking And Finance Institute Malaysia (IBFIM) dan Nuraini Hamid, Pengarah Pertumbuhan & Usahasama Strategik, IBFIM.
 
Sementara itu, UTHM diwakili oleh Prof. Dato’. Ir.Ts. Dr. Ruzairi Bin Abdul Rahim, Naib Canselor UTHM dan Prof. Madya Dr. Khairun Nidzam Bin Ramli Pengarah Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah, UTHM.
 
Majlis Menandatangani MoU ini merupakan bukti komitmen masing-masing terhadap usaha bersama untuk memajukan bidang pendidikan dan penyelidikan yang berkaitan dengan kefahaman Islam serta kewangan Islam di negara ini.
 
Kerjasama ini juga memberi peluang kepada IKIM dan rakan-rakan strategik iaitu UPSI, IBFIM dan UTHM untuk membangunkan platform pendidikan yang lebih holistik, yang tidak hanya mengutamakan aspek akademik, tetapi juga menyediakan program yang memberi kesan langsung kepada masyarakat. Melalui penyelidikan bersama dan program-program latihan yang dijalankan, Kerjasama strategik ini dapat menyumbang kepada pembinaan modal insan yang berkualiti dan berdaya saing di peringkat global.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation