• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Jemaah Menteri mesti terima kritikan dengan hati terbuka, perbaiki kelompongan

Spread the love

KUALA LUMPUR 21 Februari 2025: Jemaah Menteri diingatkan supaya menerima kritikan dengan hati terbuka dan perbaiki kelompongan yang ada.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan perlunya ada kesatuan dan kebersamaan yang kuat dalam Jemaah Menteri.

“Ini sekaligus berfungsi sebagai sebuah kerajaan Madani yang benar-benar mengangkat suara dan kehendak rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi amanat ringkas sempena Pemukiman Kerajaan Madani 2025 selama dua hari dekat Bangi, Selangor, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata permukiman kerajaan Madani Tahun 2025 dalam usaha memastikan kesinambungan perancangan yang diatur bergerak lancar bagi mencorak hala tuju negara dengan penuh berhemah dan bijaksana.

Katanya, ia menjadi platform membuka ruang sinergi di kalangan Jemaah Menteri bagi bersama-sama menambahbaik, mengutarakan idea yang lebih segar dan merangka prakarsa yang lebih strategik khususnya kesejahteraan rakyat dan kemajuan ekonomi negara.

“Dalam amanat ringkas, saya tegaskan bahawa marcapada hari ini termasuk situasi geopolitik dan teknologi, menuntut mana-mana kerajaan untuk bergerak pantas serta berubah.

“Ini agar terus kekal relevan dan berfungsi dengan baik kepada seluruh lapisan masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata pemukiman itu memboleh Jemaah Menteri bersama-sama berdiskusi, refleksi dan juga mencatur strategi dalam memastikan segala perancangan dalam agenda pembangunan negara 2025 dapat direalisasi.

Katanya, ini sejajar dengan pendekatan ‘Whole-of-Nation dan Whole-of-goverment’.

“Pemukiman ini juga akan memperkasa lagi perancangan kerjasama rentas kementerian demi maslahat bersama,” katanya.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation