NILAI, 22 November 2022 – BIKE8 CUP INTERNATIONAL PUSHBIKE CHAMPIONSHIP 2022 yang merupakan perlumbaan ‘pushbike’ bertaraf antarabangsa bakal menggegarkan Velodrome Nasional Negara pada 26 dan 27 November ini. Sukan ‘pushbike’ adalah sukan baharu di Malaysia yang semakin dikenali ramai. Lazimnya, aktiviti berbasikal ini mampu membentuk perkembangan minda dan fizikal kanak-kanak. Walaupun masih baharu, sukan ini mempunyai kelabnya tersendiri sehingga boleh menganjurkan pelbagai acara pertandingan ‘pushbike’ di dalam dan luar negara.
“Konsep pushbike adalah sukan untuk anak-anak yang berusia dari dua hingga sembilan tahun. Permulaan anak-anak bagi bidang sukan adalah dalam arena pushbike kerana untuk mencari sukan yang bersesuaian bagi peringkat usia sedemikian adalah sukar. Pushbike adalah permulaan yang baik bagi permulaan sukan bagi kanak-kanak,” kata ketua penganjur Dato’ Sri Wan Mohd Muzri bin Ramli, yang juga merupakan President The M8 Cycling Club.
Ekslusif untuk pengguna BIKE8 dan ROCKFISH, ia akan diadakan di kawasan infield di dalam Veldrome Nasional Nilai, di mana acara ini bakal menampilkan perlumbaan pushbike yang akan berlangsung pada Sabtu iaitu trek race (26 November 2022), manakala pada Ahad bagi acara drag race (27 November 2022). Sebanyak 11 kategori akan dipertandingkan pada hari Sabtu manakala 8 kategori bagi perlumbaan pada hari Ahad.
Pertandingan ini turut disertai pelumba dari negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Singapura dan Vietnam yang dijangka akan memberi saingan kepada pelumba tempatan, di samping dapat mempromosikan sukan pushbike Malaysia ke peringkat antarabangsa. Ini sekali gus menjanjikan pentas persaingan hebat dalam kalangan pelumba antarabangsa yang bakal menampilkan aksi-aksi mendebarkan dan menghiburkan buat para penonton.
Selain trofi, hadiah berupa wang tunai, produk UFL, dan jersi Hopbit turut disediakan bagi lapan pemenang utama setiap kategori yang telah dipertandingkan. Para peserta juga layak untuk mendapat cabutan bertuah berjumlah RM10,000.00. Orang ramai dijemput hadir ke Velodrome Nasional, Nilai, Negeri Sembilan, malah acara ini juga bakal disiarkan secara langsung melalui Malaysia Hari Ini, TV3 dan Facebook Live.
“Pihak kami akan memberikan butiran terperinci tentang tentatif dan senarai nama peserta yang akan bertanding dari masa ke masa. Untuk maklumat terkini dan butiran terperinci mengenai pertandingan BIKE8 CUP INTERNATIONAL PUSHBIKE CHAMPIONSHIP 2022, sila layari laman Facebook dan Instagram Bike8 Malaysia ,” tambah Dato’ Sri Wan Mohd Muzri.
Ditubuhkan pada 2022, The M8 Cycling Club dipelopori oleh ibu bapa yang mempunyai anak kecil yang bermain pushbike bagi membentuk semangat kesukanan kepada anak-anak ini, yang mahu melihat sukan pushbike ini berkembang maju dengan menganjurkan pelbagai pertandingan serta klinik pushbike bagi memperkenalkan sukan ini kepada umum.
Bermula dengan penganjuran di peringkat antarabangsa yang berlangsung di Stadium Axiata, Bukit Jalil pada 30 dan 31 Julai 2022 yang lalu, sekali lagi The M8 Cycling Club mengorak langkah lebih jauh dengan pertama kalinya mengadakan pertandingan pushbike di dalam kawasan infield Velodrome Nasional, Nilai, Negeri Sembilan ini yang merupakan salah satu tempat berprestij di Malaysia bagi melahirkan bakal atlet negara dalam sukan berbasikal ini.
Diiktiraf oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia, pertandingan BIKE8 CUP INTERNATIONAL PUSHBIKE CHAMPIONSHIP 2022 ini turut disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan, Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia, Majlis Sukan Negara, Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan Malaysia, Negeri Sembilan Darul Khusus, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Selain daripada itu juga, penaja utama bagi pertandingan ini adalah dari Bike8 Malaysia, Rockfish Malaysia, Karyaseni, Universal Fitness & Leisure Sdn Bhd, Dawud Teh. Hopbit Jersey dan disokong oleh Tourism Malaysia.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment