• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Hina YDPA, seorang lelaki tempatan ditahan PDRM

Spread the love

KUALA LUMPUR, 16 Disember 2022 – Seorang lelaki Melayu yang berusia 33 tahun telah ditahan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak semalam bagi membantu siasatan terhadap kenyataan berbaur penghinaan terhadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong berkaitan pelantikan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

Menurut Setiausaha Polis Malaysia Dato’ Hajah Noorsiah Binti Mohd Saaduddin, kenyataan tersebut telah dimuat naik melalui akaun facebook “As Bul”.

“Turut dirampas daripada suspek adalah satu (1) unit telefon bimbit jenama Vivo serta kad sim yang dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran.

Suspek telah direman selama tiga (3) hari bermula 16 hingga 18 Disember 2022 untuk siasatan lanjut.

Kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan kenyataan yang berkecenderungan menghasut dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.” kata Noorsiah.

Tambah beliau, PDRM mengingatkan orang ramai supaya menjadi pengguna media sosial yang berhemah dan tidak menggunakan platform media sosial untuk membangkitkan kegusaran dan kebencian yang boleh menggugat keharmonian negara terutama yang melibatkan isu 3R (Rulers, Religions dan Races).

Kata Noorsiah, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation