• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

KPN diarah tambah pasukan mencari dan menyelamat – Saifuddin Nasution

Spread the love

16 Disember 2022 – Berhubung dengan insiden tanah runtuh di Batang Kali pada pagi tadi, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail telah mengarahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani, untuk menambah lagi pasukan mencari dan menyelamat dari Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Katanya menerusi satu hantaran di Facebook rasmi beliau, kejadian tersebut melibatkan tiga tapak perkhemahan.

“Arahan keselamatan yang baru juga turut telah dikeluarkan kepada beberapa lagi tapak perkhemahan yang berhampiran agar tidak menerima pengunjung sehingga dimaklumkan kelak.

Fokus buat masa ini ditumpu kepada usaha menyelamat baki mangsa yang dikategorikan hilang.

Seramai 363 anggota penyelamat telah dikerahkan dalam operasi menyelamat ini dan saya telah mengarahkan IGP Tan Sri Acryl Sani, Ketua Polis Negara untuk menambah lagi pasukan mencari dan menyelamat dari PDRM.” kata Saifuddin.

Beliau turut berdoa moga baki mangsa dapat dijumpai dalam keadaan selamat.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation