19 DISEMBER 2022 – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa supaya satu usul khas tergempar berkenaan bencana banjir di Kelantan dan Terengganu yang semakin membimbangkan dibentangkan di Sidang Parlimen hari ini.
Menurut Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz dalam satu kenyataan semalam, perbahasan tersebut perlu turut meliputi kesiapsiagaan jentera kerajaan mendepani banjir, serta penyelarasan bantuan dan perancangan jangka panjang pengurusan bencana banjir, dan lebih utama perancangan dalam menangani impak perubahan iklim.
“Selain usul undi percaya kepada Perdana Menteri serta usul rang undang-undang dan urusan kerajaan lain, ABIM menggesa supaya satu usul khas tergempar di bawah Peraturan Mesyuarat 18, Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat dibentangkan berkenaan bencana banjir untuk dibincangkan bersama oleh seluruh anggota Dewan Rakyat.
Dalam mendepani situasi bencana hari ini, ABIM turut menggesa seluruh pihak khususnya ahli politik untuk mengenepikan kepentingan politik kepartian, sebaliknya bersama-sama membantu menstabilkan situasi politik semasa serta memberi fokus membantu meringankan bebanan rakyat. ABIM turut mengucapkan tahniah kepada pihak berkuasa yang berkampung di ‘ground zero’ Batang Kali untuk bertungkus lumus dalam menjayakan misi SAR (Mencari dan Menyelamat).
Dalam masa sama, ABIM turut mendoakan agar seluruh keluarga mangsa tragedi Batang Kali ini diberikan kekuatan dan kesabaran menghadapi musibah besar yang tidak diduga ini.” kata Faisal.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment