KUALA LUMPUR, 20 Disember 2022 – “Mengungguli Teknologi Melonjak Pembangunan” adalah tema sambutan HPTN tahun ini. Tema tersebut menjadi pilihan kerana dengan mengambilkira transformasi penggunaan teknologi terkini khususnya di dalam bidang teknikal, di samping menggalakkan golongan muda untuk menceburi profesion teknikal.
Di dalam ucapannya, Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata bahawa penguasaan teknologi menjadi pemangkin kepada pembangunan dan modenisasi sesebuah negara.
“Golongan muda pula adalah pewaris untuk menerajui negara di masa hadapan. Oleh itu adalah amat penting untuk kita memberi pendedahan berkaitan profesion teknikal kepada anak-anak muda demi meneruskan legasi dalam landskap pembangunan negara. Lantas, menjadikan Malaysia sebuah negara yang berdaya maju dan membangun secara mapan dalam era Revolusi Industri 4.0.” katanya.
Alexander turut berkata bahawa pemerkasaan Latihan dan Pendidikan untuk bidang Teknikal dan Vokasional (TVET) perlu diperkukuhkan bagi menyediakan ekosistem yang positif untuk melahirkan pakar-pakar yang berkemahiran tinggi.
“Sehubungan itu, saya menyeru agar penggerak industri bersama-sama dengan kementerian dalam usaha untuk menggalakkan TVET kepada semua lapisan masyarakat.” ujarnya.
Tambah beliau, usaha yang lebih agresif dan proaktif perlu direncanakan dengan melantik lebih ramai golongan profesion teknikal mengisi jawatan-jawatan strategik dan pembuat dasar di perkhidmatan awam.
Katanya syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) juga disarankan melibatkan kalangan profesional teknikal di dalam tadbir urus syarikat seperti Ahli Lembaga Pengarah atau Ketua Pegawai Eksekutif.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment