PUTRAJAYA, 20 Disember 2022 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub memaklumkan bahawa menjelang sambutan Krismas pada 25 Disember yang akan datang, Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2022 akan dilaksanakan berkuatkuasa dari 23 Disember hingga 27 Disember 2022.
Menurut Salahuddin menerusi satu kenyataan pada hari ini, tempoh pelaksanaan adalah selama 5 hari iaitu 2 hari sebelum perayaan, 1 hari semasa perayaan dan 2 hari selepas perayaan.
Katanya, pada masa yang sama, ayam dan telur ayam sedang dikawal harganya di bawah pelaksanaan penentuan harga ayam dan telur ayam.
Sebanyak 11 jenis barangan akan diwartakan bagi pelaksanaan SHMMP Krismas 2022. Senarai barangan bagi skim tersebut adalah seperti infografik di bawah :
“Tempoh pelaksanaan SHMMP Krismas 2022 kali ini adalah bersesuaian mengikut keadaan semasa, iaitu mewujudkan suasana menang-menang kepada pengguna dan peniaga. Pengguna dapat menikmati harga yang berpatutan dan peniaga pula tidak tertekan dengan tempoh masa pelaksanaan yang terlalu lama.
Penentuan harga ini dibuat dengan mengambil kira pandangan dari pemain industri, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) serta agensi di bawahnya dan data-data harga barangan yang dikutip oleh Bahagian Harga Barang Negara (BHBN), KPDN.” kata beliau.
Salahuddin turut berkata bahawa Pegawai-Pegawai Penguat Kuasa KPDN telah ditugaskan di lokasilokasi strategik seperti di pasar awam, pasar tani dan pusat membeli-belah barangan keperluan perayaan.
“Strategi ini membolehkan penguatkuasaan dilaksanakan dengan lebih berkesan di mana tindakan segera dapat diambil terhadap aduan pengguna dan tindakan penguatkuasaan ke atas peniaga sekiranya berlaku ketidakpatuhan.
Pada masa yang sama, penguatkuasaan secara berhemah dilaksanakan dengan memberi pendidikan, nasihat dan amaran supaya para peniaga mematuhi undang-undang yang berkuat kuasa dan mengamalkan peniagaan yang beretika.” ujarnya.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment