• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Banjir : Peruntukan RM50 juta masing-masing disalurkan ke Kelantan dan Terengganu

Spread the love

KELANTAN 21 Disember 2022 – Kerajaan hari ini bersetuju untuk menyalurkan peruntukan sebanyak RM50 juta masing-masing di Negeri Kelantan dan Terengganu sebagai bantuan awal untuk meringankan beban akibat bencana Monsun Timur Laut (MTL) 2022/2023.

Menurut Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang media di sini hari ini, jumlah keseluruhan bantuan untuk kedua-dua negeri adalah sebanyak RM100 juta.

Bantuan tersebut adalah sebagai pemberian wang ihsan dan perincian adalah seperti berikut: 

  • RM1,000.00 (Ringgit Malaysia satu ribu) kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS); dan
     
  • RM10,000.00 (Ringgit Malaysia sepuluh ribu) kepada keluarga yang kematian ahli keluarga akibat banjir (bayaran diberikan kepada KIR).

Terdahulu di Putrajaya petang tadi, Anwar mengumumkan pembatalan Sambutan Ambang Tahun Baharu 2023.

Katanya, ia dibatalkan setelah mengambilkira bencana banjir yang menimpa sebahagian negara pada ketika ini.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation