• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Menteri Kerja Raya lakukan tinjuan di Kelantan

Spread the love

23 Disember 2022 – Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi memaklumkan bahawa Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Jabatan kerja Raya (JKR) di peringkat negeri dan daerah telah diarahkan untuk sentiasa bersiap siaga susulan bencana banjir buruk yang menimpa di beberapa buah negeri.

Menurut Alexander dalam satu kenyataan hari ini, KKR memberi tumpuan dalam memastikan semua infrastruktur awam seperti jalan raya dan jambatan selamat digunakan, bukan sahaja oleh orang awam tetapi juga pasukan keselamatan yang ditugaskan di kawasan terjejas.

“Seperti yang kita sedia maklum, negeri-negeri di sebelah pantai timur sedang menghadapi situasi banjir besar. Susulan itu saya telah ke Kelantan bagi meninjau keadaan infrastruktur jalan raya, cerun dan jambatan yang terjejas akibat banjir tersebut.

Lokasi pertama tinjauan adalah di laluan Jalan Persekutuan FT003 di Seksyen 664.00, Laluan Kota Bharu – Kuala Terengganu yang telah ditenggelami air pada 18.12.2022, Ahad, jam 1.00 petang sedalam 0.75m dan panjang kawasan yang terlibat adalah 500m. Air surut sepenuhnya pada 20.12.2022, Selasa dan laluan telah dibuka kepada semua kenderaan. Terdapat kerosakan pada permukaan jalan yang memerlukan pembaikan segera dan melibatkan anggaran kos pembaikan sebanyak RM1juta.

Seterusnya, di lokasi kedua, Jalan Persekutuan FT004 Seksyen 281.50 Machang – Jeli telah berlaku runtuhan dan hakisan tebing pada kawasan pile cap di bawah Jambatan Kusial, Tanah Merah. Kejadian mula dikesan pada 18.12.2022, Ahad. Panjang kawasan yang terlibat adalah 7.50m (Lebar) x 30.0m (panjang) dengan kedalaman hakisan dianggarkan 5.0m. Struktur jambatan tidak terjejas dan laluan jambatan dibuka kepada pengguna. Namun begitu, pemantauan rapi dan pemeriksaan secara fizikal oleh pihak JKR dan konsesi tetap dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan pengguna.” kata Alexander.

Untuk makluman, BiGBen telah beroperasi pada Peringkat 3 selama 24 jam sehari. Status bencana serta cadangan laluan alternatif dilaporkan enam (6) kali sehari iaitu pada 8.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00 malam, 2.00 pagi dan 6.00 pagi.

Maklumat status kejadian bencana jalan raya boleh diperolehi di portal bencana Jabatan Kerja Raya di alamat: www.bencanaalam.jkr.gov.my dan melalui laman media sosial rasmi JKR Malaysia iaitu Facebook jkr.malaysia, Twitter @IPJKR_Official, Twitter @CSFJ_JKR, Instagram kormkorpjkr, atau boleh juga menghubungi talian Hotline BiGBen 03-26107727.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation