• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Pembayaran STR Fasa 1 mulai Selasa

Spread the love

16 JANUARI 2023 – Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa program bantuan tunai untuk B40 iaitu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 diawalkan kepada bulan Januari 2023 berbanding perancangan awal pada bulan Mac 2023 bagi meringankan beban sara hidup rakyat.

Kata Anwar dalam satu kenyataan hari ini, pembayaran STR Fasa 1 kepada 8.7 juta golongan B40 bernilai RM1.67 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat mulai 17 Januari 2023 (Selasa) seperti berikut:

“Penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama. Penerima STR yang tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023.” kata Anwar.

Semakan status pembayaran akan dibuka mulai 17 Januari 2023 dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation