• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Komitmen Perdana Menteri Jayakan MA1963 Melalui Agenda Malaysia Madani Mesti Disokong

Spread the love

PUTRAJAYA, 20 Januari 2023 – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick menyatakan komitmen yang dizahirkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk menjayakan Perjanjian Malaysia 1963 melalui agenda Malaysia Madani mesti disokong semua pihak, khususnya pimpinan dan rakyat di Sabah dan Sarawak.

Menurut Ewon, Malaysia akan meraikan ulang tahun penubuhannya yang ke-60 pada tahun ini selepas Perjanjian Malaysia ditandatangani pada tahun 1963.

“Saya meneliti ucapan Perdana Menteri terkait dengan komitmen beliau menjayakan MA1963 dan ia telah diterjemahkan melalui beberapa keputusan segera Kerajaan Persekutuan sebaik beliau mengambil alih teraju kepimpinan negara. Hari ini beliau sekali lagi menzahirkan komitmen tersebut.

“Ini sangat penting kepada rakyat Sabah dan Sarawak kerana kita akan menyambut ulang tahun penubuhan negara Malaysia yang ke-60 pada tahun ini.

“Malah sebaik sahaja melancarkan agenda Malaysia Madani ini, beliau berlepas ke Sarawak untuk mempengerusikan Mesyuarat Tindakan Khas Sabah Sarawak. Justeru, komitmen dan kepimpinan Dato’ Seri Anwar sebagai Perdana Menteri mesti disokong,” katanya.

Ewon turut menyambut baik pengumuman Anwar menjadikan Malaysia Madani sebagai kerangka dasar baharu Kerajaan Perpaduan Persekutuan.

“Perdana Menteri menyatakan kepentingan tata kelola yang cemerlang dan pembasmian ketirisan dengan menolak rasuah sebagai asas utama agenda Malaysia Madani. Saya bersetuju bahawa inilah asas yang boleh mencipta lonjakan baharu
kepada negara supaya disegani oleh masyarakat dunia.

“Saya turut mengambil amanat dan wawasan beliau ini menjadi pegangan dan panduan kami di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Kami akan mendukung dan melaksanakan sepenuhnya agenda Malaysia Madani ini,” katanya.

Konsep Madani yang dibawa Kerajaan Perpaduan dirangka sebagai usaha untuk memetakan strategi mentadbir negara dengan lebih berkesan. Istilah “Madani” merujuk kepada tata kelola atau tadbir urus yang adil dan berkesan bagi memperkukuh lapan keperluan iaitu ekonomi, kewangan, perundangan, pendidikan, kemasyarakatan, budaya, bandar dan luar bandar.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation