• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

MoU dalam usaha menyokong Dasar Bioteknologi Negara 2.0

Spread the love

SELANGOR, 30 Januari 2023 – Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi Chang Lih Kang menyaksikan sesi pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) tiga pihak National Institutes of Biotechnology (NIBM), melalui Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI), dengan MVP Healthcare Sdn Bhd dan Pfizer Malaysia Sdn Bhd dalam usaha menyokong Dasar Bioteknologi Negara 2.0 (DBN 2.0) di bawah Teras Penjagaan Kesihatan dan Kesejahteraan pada hari ini.

Menurut MOSTI dalam satu kenyataan hari ini, pada 1 November 2021, Kerajaan Malaysia telah memberi mandat kepada NIBM-MGVI, untuk menyelaras usaha dan kerjasama dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&R) vaksin manusia.

“Pfizer dan MVP Healthcare telah menzahirkan sokongan mereka terhadap visi kerajaan dan akan berganding bahu mengenal pasti bidang-bidang kerjasama untuk diterokai dalam pembentukan ekosistem vaksin negara seperti mana di dalam Pelan Halatuju Pembangunan Vaksin Negara ke arah mencapai aspirasi Malaysia sebagai negara pengeluar vaksin manusia.

Pfizer merupakan syarikat biofarmaseutikal global yang sentiasa berusaha menetapkan piawaian tinggi dari segi kualiti, keselamatan dan nilai, dalam setiap penerokaan, pembangunan dan pembuatan produk penjagaan kesihatan, termasuk ubat-ubatan dan vaksin inovatif, bagi kegunaan populasi global dengan matlamat meningkatkan kualiti kehidupan.

MVP Healthcare pula, sebuah syarikat yang telah ditubuhkan pada 2018 yang menceburi industri pembuatan vaksin manusia dengan fokus kepada vaksin halal adalah anak syarikat kepada Malaysian Vaccines and Pharmaceuticals Sdn Bhd, yang merupakan pengeluar vaksin haiwan terkemuka di Malaysia.” kata MOSTI.

Tambah MOSTI, Memorandum Persefahaman tiga pihak itu berhasrat untuk meneroka potensi projek bersama yang boleh merancakkan pembangunan ekosistem vaksin tempatan demi kesiapsiagaan negara dalam menghadapi pandemik pada masa akan datang.

“Usaha ini turut membolehkan Malaysia mengembangkan kerjasama antarabangsanya dan mengenal pasti bidang-bidang yang berpotensi untuk diperkukuh, dipromosikan dan dibangunkan dalam kolaborasi strategik berasaskan manfaat bersama selaras dengan Pelan Halatuju Pembangunan Vaksin Negara.” ujar MOSTI.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation