PORT DICKSON, 3 Februari 2023 – Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) menyambut baik seruan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media selepas Mesyuarat Kabinet yang berlangsung pada 2 Februari lalu yang menggesa kerjasama pihak swasta dan industri bagi memperkasa Pendidikan dan Latihan Teknikal dan
Vokasional (TVET) bagi memperkasakan TVET negara.
Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Zahari Ismail berkata, sebagai penyedia utama TVET di negara ini, Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) bersedia memperkukuh kerjasama dengan pihak industri dengan membuka lebih banyak ruang khususnya dalam menggalakkan perkongsian teknologi dan mempersiapkan para pelajar bagi memenuhi keperluan tenaga mahir dan separa mahir.
“Di POLYCC, kita mempunyai Centre of Technology (COT) dan Industry on Campus (IOC) yang bertujuan memperkenalkan teknologi industri secara langsung kepada pelajar, namun kita percaya, masih banyak ruang penambahbaikan yang boleh dibuat bagi memperkukuh fungsi dan peranannya,” ujarnya ketika menyampaikan ucapan pada Bengkel Hala Tuju Prestasi
Pencapaian Industy Education Centre (IEC) yang diadakan di Politeknik Port Dickson (PPD), Negeri Sembilan.
Menurutnya, IEC berperanan sebagai pusat sehenti kepada pihak industri bagi menjalankan sebahagian daripada proses mereka di institusi dan pelajar dapat belajar dalam suasana industri sebenar di kampus. Langkah tersebut bertujuan merapatkan jurang antara kehendak industri dengan sumber tenaga pekerja mahir yang diperlukan oleh negara.
Ini secara tidak langsung dapat mengekang lambakan pekerja asing di negara ini malah turut bertindak sebagai pembekal sumber tenaga mahir dan separa mahir ke negara luar yang memerlukan.
“Melalui IEC ini juga, kita akan bekerjasama rapat dengan pihak industri bagi memastikan kurikulum dan program pengajian yang ditawarkan adalah relevan dan memenuhi keperluan semasa,”
IEC juga bakal menjana pendapatan sendiri serta berupaya merancang, menyelaras dan melaksanakan pelan tindakan untuk lebih kompetitif serta mengatasi masalah tata kelola kewangan.
Turut hadir pada bengkel ini ialah Pengarah Bahagian Koordinasi TVET JPPKK, Dr. Shamsuri bin Abdullah, Pengarah Bahagian Perancangan Program dan Institusi JPPKK, Ts. Haji Muhamad Rumzi bin Mamat dan Pengarah Politeknik Port Dickson (PPD), Dr. Ishak bin Mohamad.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment