KUCHING, 14 Februari – Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menerima kunjungan hormat daripada Presiden dan juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan PETRONAS, Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz di pejabatnya, Wisma Bapa Malaysia, hari ini.
Tujuan kunjungan hormat adalah untuk memberi taklimat ringkas perkembangan terbaharu usaha dan kerjasama di antara PETRONAS dengan Kerajaan Sarawak.
Tengku Muhammad memaklumkan segala aktiviti yang dilaksanakan bersama berjalan dengan baik bermula di peringkat awalan, pertengahan, akhiran dan kini ke arah kelestarian tenaga boleh diperbaharui, hidrogen dan petrokimia.
Selain PETRONAS, Abang Johari turut menerima kunjungan hormat daripada Dekan Bersekutu, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti of Melbourne, Mathew Greenwood-Nimmo.
Mathew yang ditemui media berkata, tujuan kunjungan itu adalah untuk menjalin kerjasama antara Institut Pengurusan Sarawak (MASA) dengan Universiti of Melbourne bagi mengadakan program mempertingkatkan latihan perkhidmatan awam di Sarawak.
Turut hadir semasa kunjungan adalah Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Rancangan Ekonomi dan Pembangunan), Datu Dr Muhammad Abdullah Zaidel, Ketua Pengarang Jurnal Antarabangsa Pengurusan Sains Dan Kelestarian (IJSMS), Prof. Dr. Voon Boo Ho, wakil Jabatan Premier Sarawak Dr. Intan Rahmah Mohd Tazuddin dan Pengurus Besar MASA, Dr. Krishnan Murali.
Disediakan Oleh: Toslin Meyub (BMKK)
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment