17 Februari 2023 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan bahawa berdasarkan maklumbalas daripada peniaga, inisiatif Menu RAHMAH telah dijadikan model perniagaan dan bahan promosi untuk menarik pelanggan ke premis mereka.
Timbalan Menterinya Senator Puan Hajah Fuziah Binti Salleh berkata para peniaga yang terlibat dengan inisiatif tersebut dapat meningkatkan pendapatan di mana peningkatan kuantiti jualan dapat menampung pengurangan margin dan di masa yang sama ‘bersedekah’ kepada mereka yang memerlukan.
“Untuk rekod, sehingga 16 Februari 2022 sejumlah 18 premis telah mendaftar di direktori Menu RAHMAH dan menyahut seruan Kerajaan untuk melaksanakan Menu RAHMAH secara sukarela di negeri Pahang. KPDN menyeru lebih ramai lagi pemain industri khususnya pengusaha restoran supaya dapat bersama-sama berganding bahu dengan kerajaan bagi menjayakan aspirasi ini.
KPDN turut mengucapkan terima kasih kepada semua pengusaha restoran yang telah menyahut seruan kerajaan untuk menyediakan Menu RAHMAH kepada rakyat. Kerajaan akan membantu mempromosi premis yang menyediakan Menu Rahmah dalam portal Kementerian (platform direktori) untuk di akses rakyat sebelum membuat keputusan mengunjung ke premis berdekatan dan pilihan mereka serta keluarga. Orang ramai boleh melayari direktori Menu RAHMAH di pautan https://menurahmah.kpdn.gov.my dan media sosial KPDN Laman Rasmi untuk mengetahui lokasi inisiatif Menu RAHMAH di seluruh negara.” kata Fuziah.
Terdahulu beliau telah menghadiri jelajah Menu RAHMAH di Restoran Taj, Kuantan, Pahang semalam.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment