Abdul Rahman pertahankan jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO

Spread the love

KUALA LUMPUR 21 Februari 2023 – Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad hari ini menyerahkan borang menawarkan diri bertanding bagi mengekalkan jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sesi 2023 hingga 2026 pada pemilihan parti itu bulan ini.

Beliau yang hadir ketika sesi rehat Persidangan Dewan Rakyat di Parlimen itu menyerahkan borang tersebut pada pukul 2 petang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Abdul Rahman yang juga Ketua UMNO Bahagian Lipis merangkap Ahli Parlimen Lipis berkata, fokus utama parti cukup jelas iaitu kita perlu melakukan apa sahaja yang perlu untuk bangkit semula dalam tempoh tiga tahun akan datang kerana inilah parti yang menjadi dokongan orang Melayu.

“Tuntutan untuk memulihkan semula kepercayaan rakyat kepada UMNO di Pasca PRU ini bukan lagi satu pilihan namun satu kewajipan buat saya dan semua ahli”

“Beri peluang untuk saya terus berkhidmat bagi merangka strategi kerana usaha untuk memulihkan dan menguatkan parti ini berdepan cabaran yang besar dan perlu bermula dari sekarang.”

“Berbekalkan pengalaman lebih 30 tahun dalam UMNO, dengan rendah hati, saya tawarkan diri bertanding sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia dan berharap mendapat sokongan daripada semua”.

Beliau berkata, cabaran utama adalah mengembalikan kepercayaan rakyat dan menarik sokongan orang muda. Kita menerima hakikat ini dan mesti bersedia berdepan dengan realiti. Maka disebabkan itu, saya bersedia menggalas tanggungjawab ini demi kelangsungan parti yang kita sayangi ini.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation