• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Kolej Komuniti Selayang Hayati 10 Hari Terakhir Ramadhan Dengan Quran Hour

Spread the love

Selayang, 13 April 2023 – Gemaan bacaan Surah Al-Insan secara hibrid yang diketuai pelajar Operasi Perhotelan, Muhammad Aiman Hakim bin Norzainiz, diseluruhKolej Komuniti Selayang (KKSY) bagi menghayati 10 hari terakhir sebelum Ramadhan meninggalkan umat Islam telah dilaksanakan bersempena #WorldQuranHour tahun 2023 yang dijalankan secara serentak seluruh dunia.

Penganjuran KKSY #QuranHour peringkat institusi tahun kelima ini dijalankan agar ia dapat mendidik para pelajar dan warga kerja KKSY dengan akhlak al-Quran dan mengangkat martabat al-Quran untuk dijadikan amalan kepada semua. Ia dilaksanakan supaya amalan ini diaplikasikan bukan sekadar hanya membaca kalam Allah SWT, malah setiap individu di institusi dapat memahami dan mengamalkan al-Quran dalam membina akhlak diri yang baik untuk digunakan dalam kehidupan seharian.

Bacaan al-Quran yang berlangsung selama satu (1) jam ini menyaksikan semua pelajar dan warga kerja KKSY mendalami surah Al-Insan yang menekankan tentang manusia yang telah diciptakan Allah SWT dan tanggungjawab yang diberikan dalam menjadi hamba yang taat kepadaNya sepanjang masa.

Selain itu, surah Surah Al-Insan juga perlu dihayati dengan sedalamnya pada masa kini kerana masyarakat pada zaman ini lebih memfokuskan kepada dunia teknologi sehingga interaksi antara manusia atau “human touch” seperti tidak diperlukan lagi dan diabaikan. Surah ini menekankan kepentingan hubungan berkomunikasi sesama manusia yang membuka mata para pelajar institusi ini untuk mendalami komunikasi “human touch” antara sahabat handai dan pensyarah. Pendekatan program ini memberi ruang dan peluang kepada KKSY untuk menghayati Ramadhan tahun ini lebih mendalam dengan memahami erti surah-surah dari kalam Allah SWT.

KKSY #QuranHour 2023 dijalankan serentak bersempena dengan World Quran Hour 2023 yang dijalankan di peringkat dunia pada 22 Ramadhan 1444H bersamaan 13 April 2023 dengan membawa tema “memanusiakan manusia” melalui agenda Humanising the Home, Humanising the Workplace, Humanising the Nation serta Humanising the World.

Turut hadir pada program ini, Pengarah KKSY, Dr. Rasmuna binti Hussain dan Timbalan Pengarah Pengurusan KKSY, Noor Azalifah binti Mohammed.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation