25 April 2023 – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan bahawa satu kejadian gempa bumi kuat dengan magnitud 7.0 telah berlaku di Selatan Sumatera, Indonesia pada pukul 4 pagi hari ini.
Maklumat kejadian tersebut adalah seperti berikut :
Waktu Kejadian
: 4:00 pagi, 25 April 2023
Koordinat
: 0.9° Selatan 98.3° Timur
Lokasi
: Selatan Sumatera, Indonesia
Magnitud
: 7.0
Jarak
: 85km Barat Laut dari Siberut,Indonesia
Kedalaman
: 49 km
Mengikut penilaian, gegaran dirasai di negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Bagaimanapun tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
MET Malaysia turut meminta kepada mereka yang merasai gegaran akibat gempa bumi tersebut supaya dapat mengisi borang soalselidik di pautan berikut https://forms.gle/ouB7tgmn26DjZ1qX9.
Be the first to leave a comment