HANYA SATU: “THETA” DI BALAI SENI NEGARA

Spread the love

KUALA LUMPUR – Pameran Hanya Satu di Balai Seni Negara kini membawakan karya “THETA”, instalasi terbaharu oleh artis Bono Stellar yang dipamerkan di Lobi Galeri Balai Seni Negara bermula 24 April 2023 sehingga 24 Julai 2023.

“THETA” menampilkan projeksi warna dan eksperimen untuk menciptakan ilusi mimpi yang didorong oleh gelombang Theta. Pengunjung berpeluang untuk merasai ruang instalasi imersif yang dapat menimbulkan pengalaman unik ilusi yang dicipta menerusi garis dan bahan reflektif. Ia mewujudkan pengalaman seperti mimpi yang nyata, sambil mencetus tanda soal, rasa ingin tahu serta renungan dalam kalangan penonton.

Bono Stellar

Menurut Bono Stellar, “dengan pelbagai metodologi yang diamalkan sebelum ini dalam proses penyembuhan diri, kini saya menggunakan gelombang Theta sebagai satu cara untuk melahirkan rasa syukur dan menabur niat di alam minda bawah sedar, membiarkannya tumbuh semasa saya tidur. Saya mengamati minda saya semasa sedar dengan tujuan untuk menjana pemikiran yang lebih baik dan melupuskan trauma masa lalu dan yakin kepada kehidupan yang lebih baik.”

Justeru, orang ramai dijemput untuk melawat pameran ini. Pameran dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. Maklumat lanjut layari laman sesawang www.artgallery.gov.my atau ikuti media sosial rasmi Balai Seni Negara.


Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation