Kawal kegembiraan dengan mengukur baju di badan sendiri

Spread the love

Oleh: Prof Madya Dr. Melati Sumari

Manusia secara semulajadinya memang sukakan kecantikan, keindahan, kemenangan, dan pujian. Kecantikan dan keindahan tidak terbatas pada apa yang dipakai oleh seseorang tetapi juga apa yang dimiliki seperti kenderaan, barang perhiasan, dan juga kediaman. Walau bagaimanapun pencapaian seseorang adalah bersifat subjektif. Tidak juga menjadi satu kesalahan untuk menjadi kaya agar impian dan kesukaan diri dapat dicapai.

Dengan perkembangan teknologi di hujung jari dan kemudahan mencapai maklumat tanpa batas melalui media atas talian dan media sosial, keinginan untuk mengejar impian seolah-olah menjadi persaingan. Pencapaian seseorang tentunya menaikkan rasa harga diri, tetapi pada masa yang sama kemungkinan orang lain pula yang merasa kecewa kerana gagal mencapai apa yang diimpikan. Dari segi psikologi, adalah penting bagi individu yang sihat mental dan emosinya untuk memastikan agar kegembiraan, keindahan, kecantikan, kemenangan dalam bidang apa pun di kawal oleh lokus kawalan dalaman. Dengan lebih jelas, kepuasan diri tidak seharusnya terlalu dikawal oleh faktor luaran kerana ia boleh menjurus ke arah rendah harga diri. Indidvidu yang sihat mental hanya menggunakan pencapaian orang lain sebagai rujukan untuk memperbaiki diri dan bukan sebagai sebab untuk berdendam, berasa murung, dan rendah diri.

Bahaya terpengaruh dan mengukur kejayaan mengikut pencapaian orang lain sepenuhnya juga boleh mendorong seseorang terlibat melakukan tingkah laku yang tidak diingini, termasuklah jenayah, seperti yang dilaporkan akhbar tempoh hari mengenai individu yang menggunakan kad bank orang lain untuk membeli telefon bimbit berharga mahal.

Manusia tanpa mengira usia harus sedar bahawa harga diri seseorang tidak diukur dari segi pemilikan barangan berjenama, tetapi ilmu dan budi pekerti yang membina personaliti seseorang. Manusia yang sihat dari segi mental dan emosi mempunyai lokus kawalan dalaman yang lebih tinggi, motivasinya bersifat intrinsik, dan kegembiraannya tidak dikawal oleh pencapaian orang lain.

……
Penulis merupakan Profesor Madya di Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, dan merupakan pakar bidang terapi dan kaunseling perkahwinan dan keluarga. Beliau boleh dihubungi di melati@um.edu.my

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation