PETALING JAYA, 10 Jun 2023 – Program pameran dan jualan Jerayawara Jom Cuti-Cuti Malaysia (JCCM) 2023 yang berlangsung selama tiga hari di 1 Utama Shopping Centre bermula semalam, menawarkan lebih 100 pakej pelancongan pada tawaran diskaun antara 15 sehingga 50 peratus.
Antara pakej yang disasarkan bakal menarik minat pengunjung ialah Pakej Eksplorasi 8 Pulau di Semporna, Pakej Jelajah Kota Kinabalu dan Kundasang, Pakej Kereta Api ke Dabong, Pakej Glamping di Lenggong, Pakej Berbulan Madu & Candlelight Dinner di Langkawi, Pakej Percutian di Gunung Jerai, Pakej Cuti-Cuti Cikgu, Pakej Pelancongan Durian dan Pakej Minat Khas Sempena Sambutan Ulang Tahun ke-50 Tourism Malaysia.
Menurut Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Dato’ Dr. Ammar Abd. Ghapar, penganjuran JCCM 2023 yang memasuki siri ketiganya pada tahun ini, antara lain bertujuan merancakkan lagi aktiviti pelancongan domestik menerusi penjualan pakej
pelancongan secara terus kepada pengguna.
“Selain menggalakkan rakyat Malaysia untuk merancang percutian di dalam negara, kita juga mahu membantu meningkatkan ekonomi penggiat industri tempatan. Oleh itu, sebanyak 40 penggiat industri terdiri daripada agensi dan pemilik produk pelancongan, hotel serta taman tema mengambil bahagian pada kali ini.
“Tawaran ekslusif kepada para pengunjung melibatkan potongan diskaun pakej pelancongan “value for money” hanya boleh diperoleh dalam tempoh tiga hari sepanjang jerayawara ini berlangsung di sini,” katanya.
Tourism Malaysia dengan kerjasama Tourism Melaka turut menyediakan Pusat Informasi Pelancongan Bergerak (TIC Mobile) di pusat beli-belah berkenaan bagi mempromosikan pelancongan negeri Melaka sempena penganjuran Tahun Melawat Melaka 2024.
JCCM 2023 yang dilancarkan pada 25 Februari lalu di the Curve Mutiara Damansara, telah memulakan siri jelajahnya di AEON Mall Nilai, Negeri Sembilan pada 26-28 Mei 2023. Jerayawara ini akan diteruskan ke lima lagi lokasi di seluruh negara iaitu di
AEON Mall Kinta City pada 14-16 Julai diikuti oleh AEON Mall Shah Alam (25-27 Ogos), Sunway Carnival Mall (29 September – 1 Oktober), Sunway Pyramid (27-29 Oktober) dan AEON Mall Bandaraya Melaka (10-12 November)
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment