• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) tingkatkan taraf kesihatan dan kualiti hidup rakyat

Spread the love

SELANGOR, 11 Jun 2023 – Timbalan Ketua Setiausaha (Perumahan dan Kesejahteraan Komuniti) Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tuan Haji Suhaimi bin Ali@Ahmad telah merasmikan Projek Perintis Bandar Sihat di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) bertempat di Laman Rekreasi Tasek Tambahan Ampang, Selangor pagi ini.

Program tersebut merupakan anjuran Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia).

Menurut KPKT, Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) merupakan inisiatif kerajaan ke arah meningkatkan taraf kesihatan dan kualiti hidup rakyat. ANMS mengutamakan amalan hidup sihat dari segi pemakanan, minda, gaya hidup aktif, kebersihan diri dan persekitaran.

“Bagi menyokong kepada pelaksanaan dasar ANMS, KPKT terlibat secara langsung dalam pelaksanaan ANMS melalui Strategi 10: Mewujudkan Persekitaran yang Menyokong Kesihatan di bawah Teras 4: Pemantapan Kebersihan Persekitaran. KPKT melalui PLANMalaysia komited dalam pelaksanaan Program ANMS khususnya melalui pelaksanaan Projek Perintis Bandar Sihat. Bermula pada tahun 2021, projek tersebut telah berjaya dilaksanakan di tiga (3) lokasi iaitu di Bandar Jerantut, Pahang, Laman Rekreasi Tasek Tambahan Ampang, Selangor dan juga Taman Tasik Putra Kulim, Kedah dengan peruntukan
keseluruhan sebanyak RM1.5 juta.” kata KPKT.

Projek Perintis Laman Rekreasi Tasek Tambahan Ampang, Selangor merupakan lokasi projek yang menyediakan kelengkapan bagi kemudahan rekreasi dan riadah.

Tambah KPKT, ia telah berjaya disiapkan pada Disember 2021 dengan kos projek sebanyak RM500 ribu. Penyediaan komponen pembangunan projek di tapak ini lebih tertumpu kepada aspek menaik taraf kemudahan sedia ada iaitu laluan pejalan kaki dan basikal, penandaan laluan, kemudahan shared lane untuk kenderaan mikromobiliti, pemasangan peralatan gymnasium luaran (outdoor gym), peralatan permainan kanak-kanak dan trek litar kereta kawalan jauh. Selain itu kemudahan sokongan lain juga turut disediakan seperti papan tanda informasi kesihatan dan perabot jalan.

“Bagi menjayakan ANMS, KPKT telah mengambil pendekatan ‘whole of nation’ iaitu libat urus secara menyeluruh agensi kerajaan, PBT, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan swasta serta rakyat. Inisiatif ini juga akan diperluaskan lagi melibatkan
lebih banyak PBT bagi memastikan pelaksanaannya adalah secara menyeluruh.

Selaras dengan Sustainable Development Goals (SDGs) di peringkat antarabangsa, projek bandar sihat ini adalah antara usaha dan inisiatif KPKT bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke arah merealisasikan pembangunan bandar yang sihat, mampan dan selamat serta menyokong kepada agenda Malaysia MADANI.” kata Suhaimi.

Pelaksanaan Projek Perintis Bandar Sihat di Laman Rekreasi Tasek Tambahan Ampang, Selangor itu diharapkan dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada penduduk setempat di samping dapat mewujudkan kejiranan bandar yang inklusif, berkualiti dan berdaya huni demi keselesaan dan kesejahteraan rakyat.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation