• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

KKD berjaya raih komitmen pelaburan bernilai RM8.3 bilion di Minggu Teknologi London 2023

Spread the love

LONDON, 13 JUN 2023 – Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah berjaya meraih komitmen pelaburan sebanyak RM8.3 bilion sewaktu misi pelaburan ke Minggu Teknologi London 2023
yang diketuai oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Menurut MDEC, kejayaan tersebut adalah hasil daripada pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara MDEC dengan International Data Center Authority (IDCA), pertukaran Kerjasama MDEC bersama Commonwealth Enterprise and
Investment Council (CWEIC), pertukaran Kerjasama MDEC bersama UK-ASEAN Business Council (UKABC), pemeteraian MoU antara Sunway Group dengan Wippd dan pengumuman pelaburan daripada sembilan syarikat United Kingdom iaitu
Access Group, Dataswyft, TPP, Activpayroll, Ekco, Yondr Group, GBG, Hamilton Barnes dan MMOB.

“Kejayaan ini membuktikan keyakinan pelabur asing terhadap rangka kerja kukuh menerusi Malaysia Digital (MD) yang merupakan inisiatif strategik nasional ekonomi digital yang berada di landasan tepat seiring dengan visi Malaysia MADANI.” kata MDEC.

Menerusi misi tersebut, Fahmi bersama Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Ts. Mahadhir Aziz turut mengadakan sesi meja bulat berkenaan inisiatif MD bersama tokoh-tokoh dan eksekutif perniagaan selain memberikan ucaptama bertajuk “Opportunities in ASEAN” di Minggu Teknologi London 2023 serta menjadi salah seorang ahli panel di Global Tech Stage.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation