• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

MARITIM MALAYSIA TERIMA DANA RM10 JUTA BAIKPULIH KUARTERS

Spread the love

PUTRAJAYA, 26 Jun 2023– Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah menerima suntikan dana RM10 juta bagi kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan kuarters daif agensi ini di seluruh negara bagi tahun 2023.

Pengarah Bahagian Pembangunan Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Maritim Datuk Hj Md Fauzi bin Othman berkata dana yang disalurkan daripada Kementerian Kewangan (MoF) melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) ini adalah bagi kerja-kerja membaik pulih serta penyelenggaraan kuarters Maritim Malaysia seluruh negara.

Selain itu, dana yang diterima juga turut melibatkan kerja-kerja pembaikan serta baik pulih kuarters milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Kota Kinabalu yang telah diserahkan kepada Maritim Malaysia.

Sejumlah RM7.4 juta diperuntukkan untuk kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan kuarters di Maritim Negeri Sarawak serta Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan manakala baki RM2.6 juta adalah untuk kuarters di Batu Pahat, Kemaman serta kuarters di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah, Kuantan.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Serahan Surat Setuju Terima (SST) bagi Projek Senggaraan Kuarters yang dikendalikan oleh Cawangan Prasarana dan Infrastruktur, Bahagian Pembangunan Maritim Malaysia bertempat di Auditorium Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya di sini hari ini.

Projek senggaraan ini merupakan inisiatif kerajaan di bawah Program Pembaikan Kuarters Kerajaan di seluruh Malaysia sekaligus menjaga kebajikan pegawai dan anggota serta ahli keluarga dalam menyediakan kediaman yang lebih selesa dan kondusif.

Sebanyak 13 Syarikat yang telah berjaya dalam Sebut Harga ini telah dipelawa untuk menerima SST bagi kerja-kerja yang akan dijalankan di Maritim Negeri Sarawak serta Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Beliau berharap agar 13 syarikat yang telah menerima SST pada hari ini dapat melaksanakan projek ini dengan telus serta penuh rasa tanggungjawab bagi memastikan wang kerajaan dibelanjakan dengan sebaik mungkin serta dapat merealisasikan hasrat kerajaan yang sentiasa mementingkan kebajikan penjawat awam dan keluarga dapat dijaga dengan sebaiknya.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation