KUALA LUMPUR, 27 JUN 2023 – Pada awal Jun, Henkel Converters’ Academy telah memulakan pengajian pertama program latihan pembungkusan fleksibel di Asia Pasifik dengan 15 peserta yang mewakili syarikat pengubah terbesar dari Thailand, Indonesia, Malaysia, Vietnam dan Filipina.
Henkel Converters’ Academy diperakui sebagai program latihan untuk pembungkusan fleksibel yang terkemuka dan disokong oleh IHK Dusseldorf (Dewan Perniagaan dan Industri). Program pensijilan selama tiga hari setengah ini memberikan manfaat kepada pengendali, kakitangan kawalan kualiti, jurutera projek, jurutera proses dan penyelia pembuatan dalam industri pembungkusan fleksibel.
Bagi memenuhi permintaan pelaminaan fleksibel berkualiti tinggi yang semakin meningkat di seluruh industri seperti makanan dan minuman, kecantikan dan penjagaan diri, penjagaan rumah, pembungkusan makanan anjing dan kucing, Henkel bekerjasama dengan pihak berkepentingan utama dan rantaian nilai pembungkusan untuk menyampaikan prestasi pengeluaran yang terbaik dalam kelasnya.
Selain itu, dengan fokus terhadap iklim, peredaran dan keselamatan, Henkel Adhesive Technologies menggabungkan kelestarian dalam portfolio produknya. Didorong oleh pengetahuan dan kepakaran teknologi yang kukuh, Henkel menawarkan penyelesaian inovatif yang memudahkan usaha kitar semula dan mempertingkatkan kesihatan dan keselamatan, sekali gus, membolehkan pelanggannya meningkatkan sumbangan mereka ke arah kelestarian.
“Kami berbangga menawarkan Henkel Converters’ Academy untuk menyokong pelanggan kami di rantau ini yang sedang mencari jalan untuk membuat pembaharuan dan meningkatkan kelestarian dalam pembungkusan. Kami percaya bahawa pemindahan pengetahuan ini akan meningkatkan kualiti, kebolehpercayaan dan kecekapan dalam industri pembungkusan fleksibel,” kata Alejandro Schoenhoff, Ketua Pembungkusan, Asia Pasifik, Henkel Adhesive Technologies.
Berdasarkan model dan modul Henkel Converters’ Academy yang terbukti di Jerman, program Asia Pasifik ini menggabungkan pembentangan teknikal dan pengalaman makmal secara amali bagi meningkatkan pengetahuan peserta tentang larutan penyalut, teknologi pelaminaan dan penggunaan yang praktikal.
Latihan dijalankan oleh pakar teknikal Henkel yang memiliki puluhan tahun pengalaman dalam industri perekat bungkusan. Mereka melibatkan jurutera aplikasi, rakan sejawat daripada pembangunan perniagaan serta strategi pasaran dan pakar-pakar dalam keselamatan produk dan urusan kawal selia.
Semasa latihan, peserta memperoleh gambaran keseluruhan tentang kimia asas dalam proses pelaminaan, substrat, mesin dan belajar tentang kualiti pelaminaan, serta menguji pelbagai teknik di makmal. Jurutera penggunaan Henkel menyokong secara aktif latihan amali ini melalui pandangan mereka, merapatkan jurang antara pengetahuan teori dan penggunaan praktikal penyalut pada mesin sebenar. Peserta akan rasa teruja dengan pendekatan secara amali dan pembelajaran langsung yang mereka terima, mengubah inovasi penyalutan dan penyelesaian yang lestari daripada konsep yang abstrak kepada pengetahuan profesional yang jelas dan mudah diingati.
“Secara keseluruhannya, saya belajar banyak perkara daripada Henkel Converters’ Academy dan jurulatih yang berpengalaman, Contohnya, sesi penyelesaian masalah adalah berdasarkan situasi kilang sebenar, maka hal ini membantu kami untuk menangani masalah teknikal dengan lebih baik. Selain itu, pertukaran maklumat dan cabaran yang dijalani sepanjang sesi amali telah menerbitkan idea-idea baharu untuk kemajuan,” kata Lau Kin Hoe, peserta dari Semi Converter Industries Sdn Bhd.
Ketahui lebih lanjut tentang Henkel Converters’ Academy: www.henkel-adhesives.com/id/en/spotlights/all-spotlights/events-and-webinars/henkel-converters-academy-asia-pacific.html.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment