KPM beri tumpuan isu bangunan daif

Spread the love

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkata bahawa Kementerian memberi tumpuan utama untuk menyelesaikan isu bangunan daif di sekolah di seluruh negara.

Menurut KPM, dari tahun 2016 hingga 2023, kerajaan telah memperuntukkan RM6.5 bilion bagi pelaksanaan projek pembangunan semula bangunan daif di sekolah. Ini melibatkan sejumlah 1002 projek di seluruh negara.

“Komitmen kerajaan untuk menoktahkan isu sekolah daif diteruskan lagi dalam Rolling Plan 2023. Sejumlah RM923.97 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan 417 projek baharu dan sambungan di seluruh negara.

Usaha KPM untuk menambah baik akses dan fasiliti pendidikan di Sabah dan Sarawak dibuktikan menerusi pelaksanaan 327 projek pembangunan bangunan daif di sekolah atau 78% daripada keseluruhan projek yang telah diluluskan dalam pelbagai peringkat pelaksanaan pada tahun 2023.” kata KPM dalam satu hantaran di Facebook rasminya hari ini.

Tambah KPM, seperti yang sentiasa ditekankan oleh Menteri Pendidikan iaitu Fadhlina Sidek, usaha untuk menyelenggara dan menaik taraf bangunan daif di sekolah sentiasa menjadi keutamaan KPM demi mencapai hasrat akses pendidikan yang berkualiti untuk semua anak Malaysia, generasi yang mewarisi Malaysia MADANI.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation