Lebih 20 ribu pengunjung hadiri Kembara RIUH 2023 Edisi Selangor

Spread the love

Kumpulan MyCreative Ventures (MyCreative) yang merupakan sebuah agensi bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) memaklu mkan bahawa Kembara RIUH 2023 Edisi Selangor yang berlangsung pada 28 hingga 30 Julai 2023 di Fraser Valley, Kuala Kubu Bharu telah berjaya meraih lebih 20,000 pengunjung setakat hari kedua.

Menurut MyCReative, Kembara RIUH 2023 itu ebih inklusif, menjadi sebuah platform kurasi yang efektif dalam membangunkan para artis dan usahawan kreatif serta menggalakkan belia menghargai hasil seni tempatan di samping memasyarakatkan industri kreatif.

“Program ini telah mengumpulkan lebih 100 artis dan usahawan kreatif yang mempamerkan hasil seni, produk dan perkhidmatan mereka. Para pengunjung turut menyaksikan persembahan daripada artis terkenal dan unik antaranya Dato’ M. Nasir, Hujan, Banyak Bunyik Republik, Airliftz, Astraloka Gamelan, Drum Circle dan ramai lagi.

KKD sentiasa berusaha memperkukuh industri kreatif bagi menjana permintaan bekalan domestik dalam sektor ini, sekali gus melonjakkan sumbangan kepada ekonomi jingga dengan sasaran sumbangan sebanyak RM31.9B kepada Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK) menjelang 2025.” katanya.

Tambah MyCreative, mennerusi dorongan daripada semua pihak termasuklah pihak KKD, MyCreative dan rakyat terutamanya belia pastinya dapat melahirkan pemain industri kreatif tempatan yang berkualiti dan berdaya saing pada peringkat antarabangsa.

“Platform ini merupakan salah satu inisiatif dan sokongan padu kepada para usahawan, penggiat seni serta pengamal industri kreatif.” ujar MyCreative.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation