OAOSC Bawong manfaatkan lebih tujuh ribu masyarakat Orang Asli

Spread the love

SUNGAI SIPUT, 19 OGOS 2023 – – Lebih tujuh ribu masyarakat Orang Asli dari 39 perkampungan menerima manfaat akses kemudahan awam yang lebih baik selain menjana pendapatan melalui Pusat Sehenti Orang Asli (OAOSC) Bawong di Sungai Siput, Perak.

Menurut Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), dengan kos keseluruhan RM166.4 juta, OAOSC Bawong yang siap pada November 2020 itu juga berfungsi dalam merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar, meningkatkan penglibatan Orang Asli (empowerment) dalam aktiviti ekonomi, sosial dan kebudayaan serta memaksimumkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Hajah Rubiah Haji Wang meninjau kemudahan ATM di OAOSC Bawong. Kredit Foto UKK KKDW

“Pusat sehenti pertama di Malaysia yang dibina untuk memberi kemudahan kepada masyarakat Orang Asli ini juga terletak di lokasi strategik bersebelahan sekolah yang merangkumi tujuh penempatan utama iaitu penduduk Kampung Bawong, Pos Perwor, Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Legap, Pos Yum, Pos Kuala Mu, Pos Poi dan Pos Piah.

Pusat ini turut menempatkan Pejabat Pentadbiran JAKOA Daerah, kedai usahawan Orang Asli yang menawarkan pelbagai perkhidmatan antaranya spa, gunting rambut, barangan kraf dan banyak lagi.

Di lokasi yang sama juga terdapat Pejabat Cawangan Lembaga Koko Malaysia, dewan serbaguna, terminal bas yang menempatkan bas Perak transit serta teksi dan juga pondok polis.” kata JAKOA dalam satu kenyataan hari ini.

OAOSC Bawong turut membawa perubahan kepada landskap pembangunan masyarakat Orang Asli yang terbabit dalam pelbagai aspek. Ia dirasmikan Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Hajah Rubiah Haji Wang sempena Sambutan Hari Orang Asli Sedunia 2023 yang disambut pada 9 Ogos lalu.

Skop pembangunan di sekitar OAOSC Bawong merangkumi jalan perhubungan, pembinaan rumah, bekalan air, bekalan elektrik, projek ekonomi dan ameniti sosial yang merangkumi enam (6) hub iaitu perkhidmatan awam dan swasta; perniagaan; kegiatan belia; pelancongan; pendidikan; serta perbankan dan kewangan

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation