Fadhli tidak layak jadi Ahli Parlimen jika bersikap jumud – Zahid

Spread the love

PUTRAJAYA 20 OGOS 2023 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kenyataan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Ahmad Fadhli Shaari bahawa kemungkinan empat negeri di bawah pentadbiran parti itu menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan berbeza untuk sambutan peringkat negeri adalah bermotifkan politik semata-mata.

“Dia ni gila ke apa? Ini bukan soal politik. Sebab soal bendera, soal perayaan Hari Kebangsaan adalah acara Nasional.” kata Ahmad Zahid apabila mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas itu di Putrajaya hari ini.

“Saya fikir jangan dipolitikkan. Saya fikir dia tak layak jadi Ahli Parlimen kalau sikap dia terlalu jumud begitu.

Jangan ingat semua perkara boleh dipolitikkan.” tegas Ahmad Zahid.

Semalam, Ahmad Fadhli dilaporkan berkata, negeri di bawah pentadbiran PN mungkin menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang berbeza untuk sambutan peringkat negeri, berbanding menggunakan logo dan tema yang diumumkan di peringkat Persekutuan.

Beliau berkata, Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang diperintah parti itu berkemungkinan menggunakan logo dan tema alternatif yang dilancarkan Pemuda PN.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation