• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Pentingnya menguasai, mendalami dan memahami Al-Quran – Anwar

Spread the love

KUALA LUMPUR, 20 OGOS 2023 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepentingan dalam menguasai, mendalami dan memahami isi kandungan Al-Quran. Katanya tanpa kefahaman yang tepat, ia bakal melahirkan dua golongan esktrem iaitu golongan yang mempromosi Islamophobia dan golongan yang melampau dalam agama.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersma isterinya Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Kredit foto Facebook rasmi Perdana Menteri.

“Saya singgung kepentingan menguasai, mendalami dan memahami Al-Quran yang mengandungi mesej yang sarat dengan petunjuk.

Tanpa kefahaman yang tuntas, ianya akan mewujudkan kelompok yang dangkal dalam ilmu sekaligus melahirkan dua sisi esktrem iaitu kelompok yang mempromosi Islamophobia dan lawannya yang melampau dalam agama.” katanya menerusi satu hantaran di halaman Facebook rasminya.

Dalam pada itu, Anwar turut menegaskan bahawa Kerajaan Perpaduan yang diterajuinya tidak akan bersikap apologetik dalam mempertahankan Islam sebagai agama Persekutuan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan.

“Saya juga tegaskan bahawa Kerajaan Perpaduan tidak apologetik dalam mempertahankan Islam sebagai agama Persekutuan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan dan memelihara seluruh hak rakyat Malaysia dengan pelbagai latarbelakang agama serta kepercayaan.

Semoga kita semua mendapat manfaat daripada usaha memulia serta memartabat Al-Quran dalam majlis ini dan seterusnya mengangkat kedudukan umat.” ujarnya.

Terdahulu Anwar telah hadir di Majlis Tilawah & Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-63 Tahun 1445H/2023M di Dewan Merdeka, World Trade Centre Kuala Lumpur yang berlangsung semalam. Beliau turut menzahirkan ucapan selamat datang dan penghargaan kepada seluruh peserta dan hakim jemputan yang melibatkan wakil dari 52 negara.

Beliau ditemani oleh isterinya, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation