• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Berita Ahli Parlimen BN mahu kosongkan kerusi adalah khabar angin – Ahmad Zahid

Spread the love

SHAH ALAM, 21 Ogos 2023 – Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan berita tular bahawa wujud ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional yang berniat untuk mengosongkan kerusi adalah sebagai khabar angin.

“Itu khabar angin dan kita akan lihat bahawa yang paling penting kita tunggu sampai akhir penggal dan kalau mahu melakukan tindakan-tindakan politik yang sebaliknya kita harus melihat bahwa mandat dan watikah itu telah diberikan kepada mereka untuk mewakili parti dan bukan untuk diri sendiri.

Ini telah pun ditandatangani oleh mereka di dalam aku janji dan juga dalam dokumen-dokumen yang telah diikrarkan di hadapan saya. ” jelas Ahmad Zahid ketika ditanya media di Majlis Penutupan Madani Ride PDRM dan ISBC di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini petang tadi.

“Kalau mahu mengambil tindakan yang pada hemat mereka adalah untuk kepentingan diri sendiri, saya fikir eloklah kita tunggu hingga akhir penggal nanti” tambah Ahmad Zahid.

Terdahulu Ahmad Zahid menyempurnakan majlis penutupan di mana di dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan satu pasukan yang dekat di hatinya. Ini kerana beliau sendiri pernah menjadi Menteri Dalam Negeri pada tahun 2013 hingga 2018.

Beliau turut menzahirkan rasa bangga terhadap PDRM yang selain memberi tumpuan terhadap fungsi dan peranan sedia ada, PDRM juga aktif dalam pelbagai aktiviti yang boleh mendekatkan pasukan dengan masyarakat sepertimana program Madani Ride yang telah dilaksanakan.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation