Penamatan Penggunaan Setem Pelekat (Setem Hasil) sebagai kaedah Penyeteman dan Mesin Franking Pos mulai 1 Januari 2024

Spread the love

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) — Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) ingin memaklumkan bahawa penggunaan setem pelekat (Setem Hasil) dan mesin franking pos oleh pengguna luar seluruh Malaysia sebagai kaedah penyeteman ke atas dokumen/perjanjian akan ditamatkan mulai 01 Januari 2024.
 
Pembayar duti adalah dibenarkan untuk menggunakan Setem Hasil bagi urusan penyeteman dokumen/perjanjian sehingga 31 Disember 2023 sahaja dan dinasihatkan untuk menghabiskan Setem Hasil yang berada dalam simpanan masing-masing. Bagi sebarang Setem Hasil yang tidak digunakan, tiada tuntutan bayaran balik dibenarkan atau diganti dengan wang tunai.
 
Permohonan penyeteman dan pembayaran duti setem boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal Sistem Taksiran Dan Pembayaran Duti Setem (STAMPS) di pautan https://stamps.hasil.gov.my tanpa perlu hadir ke kaunter duti setem.

Individu warganegara dan penduduk tetap yang mempunyai fail cukai pendapatan boleh membuat pendaftaran ID Pengguna STAMPS, permohonan taksiran dan bayaran duti setem secara dalam talian melalui portal STAMPS. Manakala pendaftaran fail cukai individu pula boleh dibuat melalui e-Daftar di pautan https://edaftar.hasil.gov.my.
 
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui:

a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);

b) HASiL Live Chat;

c) E-mel kepada stamps@hasil.gov.my; dan

d) Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas

https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public  

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation