NEW YORK, 14 Sept (Bernama) — Selaras dengan sesi ke-78 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, pihak Pemecut Keusahawanan Wanita (WEA) dengan bangganya mengumumkan acara penting bertujuan mengetengahkan jurang yang mendesak dalam pembiayaan bagi perniagaan diterajui wanita. Inisiatif ini ialah usaha kerjasama dengan WEA-agensi PBB yang mengambil bahagian, Mary Kay Global, Yildiz Holding dan Inisiatif Tindakan Usahawan Wanita (WE Act) negara Women20 (W20).
“Modal Terangkum (Inclusive Capital): Memperkasa Usahawan Wanita pada Skala Global”
Bilik Persidangan 2 (Conference Room 2), Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Headquarters), NYC
Hari Khamis, 21 September 2023. Masa: 6:00 petang – 8:00 malam ET
Daftar di sini
Acara tersebut menyasarkan untuk memupuk dialog antara pihak berkepentingan dalam ekosistem keusahawanan wanita. Perbincangan akan berkisar tentang cabaran kewangan yang dihadapi oleh usahawan wanita, kepentingan pelaburan terangkum dan keperluan untuk entiti institusi dan korporat menerima pakai perspektif terangkum jantina dalam proses membuat keputusan mereka.
“Melalui penubuhan Pemecut Keusahawanan Wanita, Mary Kay telah membantu mengukir laluan campur tangan baharu untuk sektor swasta,” kata Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi dan Ketua Pegawai Kewangan Mary Kay Inc. “WEA ialah kenderaan perkongsian rintisan bagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, sektor awam dan swasta, organisasi masyarakat sivil dan pakar dasar bekerjasama mengubah dunia BERSAMA dan UNTUK usahawan wanita.”
Acara pada petang itu akan dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada kepimpinan eksekutif Wanita PBB diikuti dengan pengenalan daripada Fulya Fraser, Ketua Pegawai Pertumbuhan di Pladis – sebahagian daripada keluarga syarikat Yildiz Holding.
Dua sesi panel akan mendalami topik yang dibincangkan:
1. Mempercepat Agenda 2030 melalui Keusahawanan Wanita – Dikendalikan oleh Virginia Littlejohn, Penyelaras Global untuk Tindakan Usahawan Wanita (WE Act) yang direka bentuk untuk memacu tindakan dan pelaksanaan W20. Sesi itu akan menerokai “Peluang Trilion Dolar dalam Menyokong Usahawan Wanita” dan potensi impak ekonomi jika perniagaan yang diterajui wanita berjaya mengatasi halangan kewangan. Penceramah yang dihormati termasuk pemimpin eksekutif dari agensi rakan kongsi WEA PBB.
2. Tindakan Global untuk Keusahawanan Wanita – Sesi ini akan mengetengahkan projek dan program utama dalam keusahawanan wanita, menampilkan cerapan daripada pemimpin pembangunan antarabangsa seperti Adriana Carvalho (W20Brazil), Wendy Teleki (Bank Dunia), Marie-Christine Oghly (Femmes Chefs d’ Entreprise Mondiales – FCEM); Catherine Bosshart (Ahli Perniagaan dan Wanita Profesional – BPW), Anne Ravanona (Global InvestHER), Deborah Gibbins, Mary Kay Global, Lamia Kamal-Chaoui (Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi – OECD).
Ucaptama acara itu akan disampaikan oleh Shazi Visram, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif jenama Happy Family.
Pendaftaran dibuka hingga Hari Ahad, 17 September 2023 pada pukul 11:59 malam ET untuk kehadiran secara fizikal di Ibu Pejabat PBB, NYC. Bagi mereka yang tidak dapat hadir, acara tersebut akan disiarkan secara langsung di laman web TV Web Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Untuk maklumat lanjut dan mendaftar, klik di sini.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment