Susulan sambutan yang menggalakkan, Kementerian Kewangan (MOF) telah memutuskan untuk memanjangkan tempoh mengumpul maklumbalas berkaitan Belanjawan 2024 melalui portal Cadangan Belanjawan 2024 selama seminggu sehingga 22 September 2023.
Di dalam satu kenyataan yang diedarkan hari ini, MOF berkata bahawa setakat 13 September 2023, Jelajah Belanjawan 2024 telah melangkaui seluruh pelosok negara melalui 9 Jelajah Negeri yang diterajui oleh
Timbalan Menteri I dan II, serta 24 sesi libat urus yang dikendalikan kementerian-kementerian di bawah Kerajaan Perpaduan.
“Sesi tersebut melibatkan penyertaan daripada lebih 7,000 peserta dari pelbagai latar belakang seperti dewan perniagaan, pakar ekonomi, teknokrat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan juga orang awam.
Pada masa yang sama, MOF telah menerima lebih 9,500 maklumbalas daripada orang ramai melalui portal Cadangan Belanjawan 2024.
Maklum balas yang diterima melalui semua platform tersebut meliputi bidang-bidang kelestarian ekonomi seperti pemeliharaan persekitaran, ekonomi hijau, tata kelola baik, dan pendigitalan; penambah baikan tadbir urus fiskal; dan langkah-langkah untuk memajukan industri sedia ada seperti industri kreatif dan pelancongan.” kata MOF.
Kesiapsiagaan Belanjawan 2024 bermula dengan pembentangan Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai 2023, yang turut memainkan peranan sebagai kenyataan pra-Belanjawan.
Jelas MOF, Kerangka tersebut telah menjadi panduan kepada kertas-kertas dasar Kerajaan Perpaduan untuk menstruktur semula ekonomi Malaysia agar ia berlandas pada trajektori pertumbuhan baru yang rancak dan saksama.
“Kerangka dasar yang telah diluncurkan untuk melengkapi Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat merangkumi Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), Pelan Induk Industri Baharu 2023 (NIMP), dan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK 12).
Ini akan disusul dengan Belanjawan 2024 yang akan dibentang oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 13 Oktober 2023, yang akan menggariskan usaha dan inisiatif untuk dilaksanakan pada tahun 2024 bagi mencapai sasaran-sasaran seperti diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada peluncuran Ekonomi
MADANI: Memperkasa Rakyat.” tambah MOF.
Selepas Kuching, Program Jelajah Belanjawan 2024 akan bersambung di Perak, Selangor dan Labuan. Program itu dijangka berakhir pada 22 September 2023.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment