‘Festival Kota Selatan’ Himpunan Kepelbagaian Seni Budaya dan Warisan Johor, Negeri Sembilan dan Melaka

Spread the love

PONTIAN, JOHOR,  25 Sept (Bernama) — Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor, Kerajaan Negeri Melaka dan Kerajaan Negeri rakan strategik Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor (PEZAPIN) telah berganding bahu menjayakan satu lagi Program Pelancongan Budaya iaitu Festival Kota Selatan (FKS 2023) yang telah diadakan pada 21-24 September 2023 bertempat di Dataran Majlis Perbandaran Pontian, Pontian, Johor.

FKS 2023 yang menggabungkan seni, budaya dan warisan tiga (3) negeri zon selatan Malaysia iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan adalah landasan cerminan keutuhan seni dan budaya tradisi negeri-negeri tersebut yang akan menjadi tarikan kepada pelancong tempatan dan antarabangsa. Program ini akan memaparkan gabungan elemen seni, budaya dan warisan yang menjadi lambang indentiti negeri-negeri berkenaan dalam bentuk persembahan, pertandingan, pameran, demonstrasi, gotong royong, kenduri rakyat dan jualan produk seni.

Lebih 25 pengisian dan aktiviti menarik telah disediakan sempena FKS 2023, antaranya ialah Malam Gala Kota Selatan, Persembahan Kesenian rakyat Negeri Johor, Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Pertandingan Pencarian Juara Zapin, Pertandingan Rentap Rampaian Tradisional Tunas Remaja, Pertandingan Dewi Kebaya, Buskers Challenge, Citra Malaysia “Colours of Malaysia”, Pertandingan Kompang Berirama, Pertandingan Marhaban, Pertandingan Bakat Cilik dan banyak lagi. 
 

Selain itu, para pengunjung yang hadir juga turut dihiburkan oleh artis tempatan tanah air pada Malam Gala Kota Selatan seperti Noraniza Idris, Nubhan, Radhi P.Ramlee dan penampilan khas Chombi dalam persembahan Colours of Malaysia. Gabungan persembahan kesenian oleh Kumpulan Kesenian JKKN Johor, Melaka dan Negeri Sembilan turut menampilkan koleksi persembahan kesenian daripada tiga (3) negeri tersebut.

“Apa yang lebih menarik, FKS2023 pada tahun ini diadakan di negeri Johor dan pada tahun 2022 diadakan di negeri Melaka. Pelaksanaan bergilir ketiga-tiga negeri di Selatan Semenanjung Malaysia ini berjaya menyerlahkan apresiasi kesenian rakyat di wilayah masing-masing di samping dapat mempromosikan keunikan budaya menerusi seni persembahan, busana, loghat daerah serta kepelbagaian adat resam rakyat di selatan semenanjung Malaysia” kata YBhg. Dato’ Shaharuddin bin Abu Sohot, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dalam kenyataannya.

Bagi mendapatkan maklumat dan keterangan lanjut mengenai program ini, orang ramai boleh melayari laman sesawang JKKN iaitu www.jkkn.gov.my ataupun boleh layari facebook rasmi JKKN melalui pautan https://www.facebook.com/

–BERNAMA

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation