SPT dilancarkan secara rasmi

Spread the love

KUALA LUMPUR, 29 September 2023 – Sejajar dengan kempen MYJalan yang antara lain dilaksanakan bagi memberi kemudahan kepada pengguna jalan raya, sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) telah dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, hari ini bertempat di Plaza Tol Loke Yew, Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA).

Menurut Kementerian Kerja Raya (KKR), SPT merupakan inisiatif Kementerian Kerja Raya (KKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuh Raya ke arah memberi kemudahan kepada pengguna lebuh raya membuat bayaran tol menggunakan kad debit, kad kredit dan kad prabayar yang mempunyai logo MyDebit, Visa atau
Mastercard, sekaligus memberi alternatif baharu kepada kaedah pembayaran tol sedia ada menggunakan kad Touch ‘n Go, Smart Tag dan Radio Frequency Identification (RFID).

“Lorong SPT telah dibuka kepada pengguna semasa Ujian Rintis Awam secara berperingkat di lebuh raya – lebuh raya terpilih mulai 3 Ogos 2023 bagi menguji kefungsian dan keberkesanan sistem.” ujar KKR.

Maka mulai hari ini, pengguna kenderaan kelas 1 (kenderaan persendirian) boleh membuat bayaran tol secara SPT di lebuh raya berikut :

i) Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA);
ii) Lebuhraya Baru Pantai (NPE);
iii) Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur (AKLEH);
iv) Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE);
v) Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP);
vi) Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT);
vii) Lebuhraya Shah Alam (KESAS);
viii) Sistem Pengurusan Air Banjir dan Terowong (SMART);
ix) Lebuhraya Kuala Lumpur – Putrajaya (MEX);
x) Lebuhraya Duta – Ulu Kelang (DUKE); dan
xi) Lebuhraya Kulim – Butterworth (BKE).

Dalam pada itu, pelaksanaan SPT di Jambatan Pulau Pinang (JPP) dijangka akan bermula pada penghujung tahun 2023 bagi membolehkan penelitian dan perincian lanjut dibuat oleh syarikat konsesi demi kemudahan pengguna lebuh raya.

Pengurusan PLUS Malaysia Berhad turut diminta untuk menyegerakan pelaksanaan SPT ini agar pengguna JPP dapat menggunakannya pada penghujung tahun ini.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation