Pemberian penggunaan fasiliti sukan secara percuma disambut baik sekolah-sekolah – KBS

Spread the love

PUTRAJAYA 7 Oktober 2023 – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh telah mengumumkan pemberian penggunaan secara percuma fasiliti Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk kegunaan Sambutan Hari Sukan Sekolah tertakluk kepada kekosongan
jadual tempahan fasiliti.

Pemberian tersebut adalah bersempena dengan sambutan Ulang Tahun ke 25 Kuala Lumpur Sports City (KLSC) pada
25 Julai lepas.

Menurut KBS, antara fasiliti yang terlibat adalah penggunaan trek dan fasiliti di Stadium Nasional, Kuala Lumpur Sports City dibuka untuk penggunaan sekolah, penggunaan gelanggang bola jaring dan boling padang di Kompleks Sukan Bukit Kiara serta padang Stadium Hoki Tun Razak di Kompleks Sukan Jalan Duta.

“Inisiatif ini telah disambut baik oleh pihak sekolah di Malaysia. Sehingga ke tarikh hari ini, sebanyak 24 permohonan telah diterima oleh Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) untuk tempahan sukan sekolah di Stadium Nasional.

Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Bandaraya, Kuala Lumpur telah menjadi sekolah pertama yang menganjurkan sukan sekolah tahunan secara percuma di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 6 Oktober 2023.” kata KBS.

Tambah KBS, seiring dengan hasrat Menteri Belia dan Sukan, pelaksanaan konsep merakyatkan sukan melalui penggunaan fasiliti sukan di bawah PSM ini bertujuan untuk memfokuskan olahraga sebagai satu sukan pembangunan akar umbi di peringkat sekolah serta muridmurid sekolah dapat merasai pengalaman berlari di Stadium Nasional, Bukit Jalil yang boleh memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi seorang atlet.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation