• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Amalan berjimat-cermat perlu dijadikan budaya dalam kalangan penjawat awam – Anwar

Spread the love

16 Oktober 2023 – Perdana Menteri Dato’ Sri Anwar Ibrahim berkata bahawa Kerajaan bersedia mendengar ulasan dan pandangan berkenaan Belanjawan 2024 yang telah dibentang minggu lepas.

Dalam satu hantaran di halaman X rasmi beliau, Anwar berkata ketika hadir dalam pertemuan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini, intipati belanjawan tersebut perlu ditelaah semua pihak termasuk sektor swasta.

“Dalam amanat hari ini yang terkait Belanjawan 2024, saya nyatakan pendirian Kerajaan Perpaduan yang terbuka mendengar pelbagai ulasan dan pandangan usai pembentangan di Dewan Rakyat Jumaat lalu dan sedia membuat penambahbaikan berdasarkan cadangan yang dilontarkan.

Intipati belanjawan ini perlu ditelaah semua pihak, antaranya sektor swasta yang perlu menyambut isyarat daripada kerajaan dengan melaksanakan agihan keuntungan yang lebih adil kepada kakitangan menerusi peningkatan upah dan ganjaran, khususnya syarikat dan konglomerat yang mencatat untung jutaan ringgit setiap tahun.” katanya.

Anwar turut menasihatkan supaya amalan berjimat-cermat menjadi budaya dalam kalangan penjawat awam bagi menghentikan ketirisan dan pembaziran, sama ada dalam skala besar atau sekecil urusan harian di pejabat.

Dalam pada itu Anwar turut menzahirkan kekecewaan terhadap isu penindasan serta kekejaman terhadap rakyat Palestin yang masih berterusan sehingga saat ini.

“Ketidakadilan ini amat mengesankan hati nurani saya, bahkan membingungkan apabila ia dibiarkan oleh kelompok kuasa-kuasa besar Barat yang menggelarkan diri mereka sebagai pelopor demokrasi, kebebasan dan liberalisme.” katanya.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation