Terdapat 984 projek dalam peringkat rundingan, jumlah jangkaan pelaburan RM105.3 billion

Spread the love

KUALA LUMPUR, 16 Oktober 2023 – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Aziz memaklumkan bahawa setakat 31 Ogos 2023, terdapat 984 projek dalam peringkat rundingan (pipeline) dengan jumlah jangkaan pelaburan baharu sebanyak RM105.3 bilion di bawah seliaan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Kata Zafrul ketika menjawab soalan dari Ahli Parlimen Jelebu di Dewan Rakyat hari ini, daripada jumlah tersebut, jangkaan pelaburan langsung asing (FDI) adalah sebanyak RM89.5 bilion, manakala pelaburan langsung domestik (DDI) adalah sebanyak RM15.8 bilion.

Katanya. jumlah pelaburan itu merangkumi projek-projek daripada sektor perkilangan dengan cadangan pelaburan sebanyak RM73.6 bilion yang melibatkan 53 cadangan projek serta 931 cadangan projek dalam sektor perkhidmatan di bawah seliaan MIDA dengan cadangan pelaburan sebanyak RM31.7 bilion.

“Pelaburan yang masuk ke semua negeri dapat dilihat melalui projek pelaburan yang telah berjaya diluluskan dalam sektor perkhidmatan, perkilangan dan utama berjumlah RM267.8 bilion sepanjang tahun 2022, melibatkan 4,517 projek dan dijangka mewujudkan 140,440 peluang pekerjaan di negara ini.

Daripada jumlah ini, pelaburan langsung domestik (DDI) merupakan penyumbang utama dengan jumlah pelaburan yang diluluskan sebanyak RM104.4 bilion (39%), manakala pelaburan langsung asing (FDI) menyumbang sebanyak RM163.3 bilion (61%).

Lima (5) negeri utama yang diluluskan pelaburan pada tahun 2022 adalah Johor (RM70.6 bilion), Selangor (RM60.5 bilion), Sarawak (RM28.8 bilion), Kuala Lumpur (RM25.0 bilion) dan Pulau Pinang (RM16.3 bilion). Pelaburan yang diluluskan di Lembah Klang iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor hanyalah merangkumi 31.9%. Ini menunjukkan bahawa pelaburan yang diluluskan di Malaysia tidak hanya tertumpu di Lembah Klang.” kata Zafrul.

Tambahnya, pemilihan lokasi pelaburan oleh pelabur adalah atas keputusan perniagaan (business decision) pelabur itu sendiri dan banyak bergantung kepada ekosistem dan kekuatan kluster industri di sesebuah negeri.

Katanya, selain itu, Kerajaan Malaysia melalui MIDA menyediakan pakej insentif cukai kepada pelabur domestik dan asing bagi menggalakkan pelabur-pelabur ini mengeluarkan keluaran atau menjalankan aktiviti bernilai tambah tinggi dan berteknologi tinggi di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986.

“Bagi mengurangkan jurang pembangunan antara wilayah, Dasar Pelaburan Baharu Berteraskan Aspirasi Pelaburan Nasional (NIP-NIA) turut menggariskan kepentingan keseimbangan wilayah. Malah Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 juga turut menetapkan misi “Menjamin sekuriti ekonomi dan keterangkuman” sebagai salah satu misi di dalam NIMP.

Kekuatan kluster industri di setiap negeri boleh melengkapi antara satu sama lain dan mendapat manfaat limpahan ekonomi daripada kluster sedia ada. Sebagai contoh, Kedah dan Perak mendapat manfaat limpahan ekonomi daripada kluster Elektrikal dan Elektronik (E&E) di Bayan Lepas dan Batu Kawan. Limpahan ekonomi ini akan dapat mewujudkan kluster industri baharu atau industri sokongan seperti perkilangan berteknologi tinggi dan aktiviti penyelidikan dan pembangunan di High-Tech Park di Kulim dan Perak yang boleh menyokong kluster E&E di Pulau Pinang.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation