KUALA LUMPUR, 24 Oktober 2023 – Populasi OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajiakan Masyarakat
setakat 31 Januari 2023 adalah sebanyak 637,537 orang, ataupun 1.85% daripada populasi Malaysia. Statistik tersebut belum lagi ditolak had umur dan bilangan mereka yang berminat dan melepasi klasifikasi sukan para.
Menurut Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, pada tahun ini, penyertaan atlet para dalam kejohanan sukan prestasi tinggi (sekurang-kurangnya peringkat PARA SUKMA) adalah seramai 1,781 orang.
“Dalam tempoh masa 10 tahun dari sekarang, KBS menyasarkan peningkatan peratusan penyertaan atlet para kejohanan sukan prestasi tinggi di pelbagai temasya sukan antarabangsa.” kata Hannah ketika menjawab soalan lisan dari Ahli Parlimen Batu di Dewan Rakyat hari ini.
Tambahnya, KBS melalui beberapa agensi mempunyai skop tugas yang berbeza dalam pembangunan sukan dan Kebajikan Paralimpik dan Pesara.
“JBSN melaksanakan program pencarian bakat dalam kalangan OKU di setiap negeri melalui INSPIRE i-Talent di 15 buah negeri untuk menguji keupayaan dan kecergasan OKU untuk menyertai latihan di peringkat yang lebih tinggi.
Yang kedua ialah pencarian oleh Majlis Sukan Negara (MSN) bagi melatih peserta yang berjaya dalam saringan i-Talent dalam sukan spesifik yang dikendalikan oleh jurulatih bertauliah. Para peserta yang terpilih di peringkat ini berpeluang untuk menyertai pertandingan sukan di peringkat daerah / negeri anjuran MSN.” kata Hannah.
Dalam pada itu, YAKEB (Kebajikan Bekas Atlet) bertanggungjawab untuk membantu menguruskan hal ehwal kebajikan bekas atlet.
“Sehingga Ogos 2023, seramai 184 orang bekas atlet para telah mendaftar sebagai ahli YAKEB. (141 orang lelaki dan 43 orang wanita).” kata Hannah.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment